sempena kegagalanku untuk melangkah keluar dari exam hall 1 setelah tamat kuiz biostat dengan hati yang lapang, perasaan yang selesa, dan senyum lebar yang tidak dibuat-buat.
seawal umur setahun jagung lagi aku dah semacam addicted dengan kotak yang boleh memancarkan gambaran objek-objek bergerak yakni dipanggil television atau tv.tapi bukan sume cerita aku layan.
tak ingat mula umur brape aku memang tak penah miss citer suria perkasa hitam (or baja hitam,aku tak brp ingat dah),ultraman, gaban,power rangers,ngan satu citer jepun pasal volleyball yang aku da lupa tajuk tapi lagu dia aku hafal smpai skrang. menakjubkan? he~
pnyer la suka smpai aku suruh mak aku wat baju sebijik macam yang pelakon die pakai dalam citer tu.tapi mestila mak aku wat dono je, so aku alter sniri baju maxi yang aku rasa cam ada iras2 ngan baju watak utama tu dan pakai semula setiap kali kering di ampaian.
kemudian bermula darjah 5 pulak aku gilakan semua rancangan yang melibatkan siti nurhaliza.oh lupe lak sekarang dah jadi datuk.daripada lagu 'sayang IT,suka IT', 3D siti, HMI, bahkan iklan Olay Total Effect pun aku tak miss everytime siti kuar kat tv.walaupun aku suka siti sebab suara yg gila best kt telinga aku (telinga org len aku mls nk amik tau) dan muka cun, tp entah kenapa skrg fanatik aku dah kurang sket.macam orang lain jugak,sejak siti kawin ngan datuk k.bukanlah aku anti dia nak kawin ngan sape pun.mgkin itu tandanya aku makin dewasa kot.cuma sampai sekarang tiap2 kali raya, aku mesti kena sound ngan mak aku sbb 'ngongong' dpn tv mengadap 'aidilfitri bersama siti nurhaliza'. nampaknya fanatik masih berbaki.
start form 1 pulak aku tmbah 1 lagi kegilaan - hindustan.tp minat tu memang dah bersemi sejak aku tak sekolah lagi.semuanya gara2 kaum senior dalam rumah aku yang menugaskan aku untuk membuat pengumuman setiap kali citer hindustan dah start.
ayat rutin, "hindustan dah ustat (start)!"
"sape belakon?"
"hero muka mempelam!"
untuk makluman,dulu aku panggil aamir khan 'muka mempelam' sbb aku tak tau nama die.tp pada hemat aku masa kecik2 tu muka die memang iras2 mempelam sket.he~
paling parah bila naik form 3 nk amik pmr kegilaan aku makin menjadi2.biasanya jln cerita aku xlayan sgt sbb biasanya sama je.aku paling suka lagu hindustan.ada la beberapa kaset kompilasi cetak rompak ngan cd lagu hindi yang aku beli pakai duit blanje skolah yang aku kmpul.cd ori yg aku penah beli 1 je - KKHH (sape suke industan mesti tau ni citer ape). skali lagi mak aku naik sirap, tp aku paham die risau aku nk exam.alhmdulillah dpt gak aku score w flying colors.
masuk u aku beli laptop.makin parah la addiction.tv series aku dah tak layan.apa citer aku nak aku tengok kat cd je.dah besar2 ni minat pada hindustan dah lama berkubur.sekarang aku layan pelbagai genre dan tak kira bahasa apa pun.english,jepun,korea aku tak memilih.cuma taiwan ngan citer cina lain aku allergic sket.tak tau kenapa.aku paling setia ngan heroes,supernatural, n gossip girl.ya korang tak salah dengar.aku mmg GG fan.tak salah kan.yang bestnye tak yah membazir duit beli, kat u ni besepah students wat cd renting. nmpaknya aku salah satu sumber pendapatan diorang gak.kalau tak pun aku download or tengok live kt intenet.yang tak bagusnya aktiviti ni seolah2 menggalakkan lagi sifatku yang suka menyendiri sbb kalau layan cd aku prefer sorang2.malas nk bising2 dengar org komen.bila tengok sorang2 maka takde siapa nak ingatkan aku supaya berhenti dan mula belajar kerana kuiz dan exam semakin hampir.aku leka dengan duniaku.ditambah lagi compartment ni sepenuhnya milik aku sorang dan aku menonton sambil memakai headphone.
semalam aku pinjam LOTR: the two towers.cuba banyak kali tapi laptop tak boleh detect dvd tu.dvd lain boleh plak.last2 aku hantar balik.masuk kali ni entah percubaan aku yang keberapa untuk menonton movie yang satu ni.banyak betul cabarannya.nak cari kemain payah,dah jmpa banyak plak cekadaknye.ada skali aku dah tengok sejam sebelum cd tu stuck.raya baru2 ni tengok kat 8tv,siaran disambung 30min lepas 8tv quickie la pulak.sebok je.30 minit di rumah atok bukan mudah.pukul 11 semua orang dah berdengkur.aku berjaga sorang2 smpai pkl 12 tu pun dah cukup meremang.rumah kampung menakutkan woo..aku tak tipu.so,aku tidur.terlepas ending.eish!benci btul.apekehe tengok 2nd sequel klu 1st sequel pn xabis.adeh.
hari ni dah 11 october.lebih kurang 2minggu lagi sebelum final.jadi aku bertekad untuk menghentikan ketagihan pada tv,cd,movie segala ni sehingga tamat last exam paper.kepada sesiapa di luar sana yang memiliki masalah yang sama maka marilah kita sama2 berusaha menggunakan masa dengan sebaik mungkin.aku maksudkan di sini ialah dengan memberi tumpuan pada benda yang sepatutnya pada masa yang sepatutnya (huh ayat,seb baek nx sem baru nak amik bm).
* tadi aku terbaca somewhere mengatakan anak kita nanti ada high probability akan ikut perangai mak die.ye ke? alamak,takutnya.harap2 tak la in my case.but diz leads me to another Q, dulu mak aku camni jugak ke? aih.
Pengakuan di Facebook
4 hours ago



3 comments:
mak nye takde nye cam anaknye.. ankanye je ngade2 dah addicted dengan TV. huhu~
ko ni same cam aku la bila masuk bab2 tengok cite2 ni. tapi aku takde la sampai hardcore cam ko.. maklum la~ aku ni banyak mende lain nak buat.. huhu~
semoga berjaya dengan azam ko.. :D
ni puncam karangan time sekolah jugak..
cuma dapat markah lebih coz penyusunan perenggan yang baik..huhu
btw, rasanya, kbykan student kot suka tgk cite.hehe..
szakif:
aku hardcore?
ko mmg hyperbola
aku mane ade hardcore
aku tgk cite sket2 je
biasenye aku study =)
kirana:
hehe
tu berkat amik EAP
bab tgk cite mmg susah gler nk kikis
plg tension klu mlm xm pn melayan anime lagi..hadoih
Post a Comment