dalam entri yang lepas aku ada sebut nak tulis pasal few things yang aku observe time final exam.
- muka jarang-jarang nampak kat cafe sebab semua dah mula berhibernasi kat bilik masing-masing.
- pegi mana-mana nota dah macam teman sejiwa.tak lekang dari tangan.
- library penuh pagi petang siang malam.
- bilik besepah ngan nota (ok la tak semua kot)
- 'gudlak' wish.actually aku xbaper suka ucapan ni coz klu berjaya pun nmpak cam bukan sebab usaha,tp 'luck'.
- kalau bertembung jz senyum sket then bawa haluan masing-masing.masa penting beb.
- abis satu paper cafe mesti penuh sebab makan memang bagus untuk hilangkan stress.xkira la gemuk ke apa yang penting makan.
tapi ada satu sindrom yang paling xbleh blah skali.ni aku observe di kalangan sisters la,brothers xtau lak.tapi siries xbleh blah.kau pernah dengar tak ayat ni? "xlarat r study,nak kawinlah." penah x? penah x? betul kan xbleh blah? haha
sindrom ni memang bukan rekaan semata-mata sebab dah banyak kali aku jumpa.sejak kat matrik lagi.time penat-penat perah otak belajar akan ada la yang mention ayat keramat ni.aku pun tak pasti diorang betul-betul maksudkan atau sekadar nak melepaskan rasa lelah dan penat mentelaah buku-buku dan nota yang bertimbun (walaupun sebenarnya aku quite sure kalau xsebab study last minit mesti kadar stress xtinggi sampai macamtu skali).tapi tak kurang jugak yang betul2 serius dengan apa yang diorang cakap.siap mintak aku tolong rekemen sesape lagi. oh,ini sudah kronik.
secara peribadi aku tak fikir kawin boleh tolong selesaikan masalah bila kita penat belajar. sebabnya bagi aku kawin bukan benda main-main.tanggungjawab lagi besar.single tak payah nak sibuk2 jaga makan pakai orang lain.betul x? bukan menafikan kebaikan kawin semasa belajar cuma mungkin itu sesuai untuk sesetengah orang dan tidak untuk yang lain.bak kata orang zaman kita sebagai pelajar ni adalah masa yang paling seronok skali.so treasure sehabis baik. study,enjoy,spend times ngan kawan2...dan buat benda2 yang kita nak buat sementara masih single.dah kawin,kita mungkin kurang peluang untuk semua ni.jadi bila kau penat belajar buatlah apa-apa yang sesuai untuk menghilangkan ke'tensen'an itu.macam aku,biasanya aku dengar lagu kejap,atau main game,atau bancuh air yang sedap dan minum dengan bersungguh-sungguh,atau makan coklat.ya,makan jugak yang paling best.mana la berat tak naik.kalau ada banyak masa aku kayuh basikal atau jalan kaki ke taman bandar.kesimpulannya,banyak lagi cara lain selain memilih untuk berkahwin.itu lari dari masalah namanya sebab belajar tetap kena belajar.hmm..macam yang aku cakap awal-awal tadi,ini cuma pendapat peribadi.no offence to others.
All the best to everyone, and...
chiao!



6 comments:
seriously. itu memang STBB musim exam!
maybe among boys takde kot, pasal kitorang bila dah bengang stady --> jom McD! haha~
tak penah plak member2 ku ckp camtu.. kalo da penat study, ape lagi.. main game la.. CS ke DOTA ke.. huhu
szakif;
eh,btul ek..itu STBB?
hmm..mcD..abih r ko gmuk balik nnt. :p
myadlan;
yeah betul!
men game memang sgt best
tp bkn sume girls layan game..hmm
k tim, terasa gler..
sy tmasuk dlm golongan yg suka bercakap camtu..
tp time kat m3x je la..
dulu, kalo nak exam je, call mak..ckp "mak, nak kawin la..penat la bljar.."
ish2..xpatut kan..
bila masuk cni, cam da bole adapt dah ngan stress..hehe..
kirana;
oopps! sori klu terasa.no offence k.klu kte ckp kt mak cmtu siap la..hehe..trus die bg list calon2 yg die berkenan..tatot :p
aiyo..
sindrom down sume :D
down sebab exam..haha
examingitis, contagious, pandemic.
Post a Comment