Tuesday, November 25, 2008

sang pujangga

''naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang''



SUPERB!
part yang bold tu slalu buat aku terpesona, terpaku,terkagum,dan otak ligat berfikir.
tak tahu kenapa tapi aku sangat suka
otak memang sangat hebat
Maha hebat sang Penciptanya.

Monday, November 17, 2008

bang,berapa harga setitis peluh ni?

sem break from 11nov to 20dec.aku da berangkat balik 12nov tp tak terus menuju ke rumah.aku memang sangat suka melencong.tapi melencong ada tujuan.teringat pulak time borak2 ngan moon masa gap 5 hari final exam ari tu.dia tnya cuti nak buat apa. kalau kau faham maksudnya kami berbincang tentang apa nak dibuat semasa cuti dan boleh mendatangkan duit.ya, duit.biasa la student macam kami.spesies yang belajar sampai otak cramp bila dah dekat nak exam dan cuba maintain pointer supaya biasiswa tak digantung.kemudian berjoli di awal sem dan baki biasiswa cuma tinggal cukup-cukup untuk hari-hari terakhir di hujung sem.


tapi tak semua students macam ni.aku ada kawan yang berjimat sampai berjaya simpan dekat 7ribu dalam bank.tapi dia lelaki dan dia tak tahu nak belanja duit tu untuk apa.bagus.aku nasihatkan simpan duit tu untuk belanja kawin nanti.haha.aku serius nih walaupun aku gelak. ada jugak yang kerja setiap kali cuti sem tapi aku tak tahu berapa banyak dia dah simpan. rasanya sangat banyak sebab dia akan sangat berkira bila membeli barang,pastikan beli yang paling murah.aku memang respek habis.pernah juga aku cuba tiru perangai tu tapi susah rupanya. sebab aku bukan jenis boros beli barang.bila fikir-fikir balik aku tak tahu pun duit sendiri habis beli apa. beli roti dan susu kotak kot. aku selalu tertarik dengan bakery.semua bakery aku nak cuba.susu kotak pulak setiap kali keluar aku akan beli yang saiz besar.oh ya.aku memang hantu outing.rasanya duit aku habis untuk bayar tambang.hmmm.logik sebab aku tak de kereta. tambang kat kuantan mahal gila.prebet sapu=rm7, taxi=rm15. tu belum masuk tambang bas yang dah naik 30%. memang hampeh.ingatkan time raya je.


balik pada perbualan dengan moon.kami plan nak buat part time tapi bukan senang orang nak bagi kerja sebulan je.aku ingat nak buat kuih letak kat kantin sekolah mak akulah.mesti laku punya.taulah budak sekolah,tolak batu ngan kayu je.masalahnya aku kena belajar buat kuih dulu.dan adik aku baru je hancuskan plan dengan sms ni,
"kan ke cuti skolah skrg..hg nak jual kt sapa?"
kwang3


pendekkan citer now aku tengah bercuti dan dapat buat part time juga.sangat tak menyangka. thanx to my sister.aku join dia wat part time ngan caterer.keje separuh hari dapat rm50.ok a tu. dulu aku pernah keje kat restoran seminggu baru dapat rm50 tau.dapat gaji by day and tak yah keje hari-hari.setakat ni aku dah serve birthday party untuk 'birthday boy' umur 80tahun kat holiday inn.sabar jelah punye la protokol.menyampah gak aku tengok orang kaya ni kadang2. baik buat doa selamat pastu jamu orang makan kat masjid lagi bagus.tapi suka hati dia la duit dia kan.pastu join catering untuk kenduri kawin.datuk datin jugak.keje boleh tahan gak teruknya. baru aku tahu kenapa Tuhan anugerahkan tubuh yang kuat ni kat aku.syukur.hehe.serius penat gila.tapi aku value duit tak sebanyak mana yang aku dapat lebih dari aku value duit biasiswa yang beribu-ribu tu.inilah hasil titik peluh.fahamlah aku.


diz week aku akan kerja berderet 3 hari berturut2.so kena bersedia mental dan fizikal. bulan 12 ni baru aku rehat puas2.lagi satu,aku dah kurang sket blogging sebab adik pinjam laptop. sebab tu aku kena sibukkan diri dengan kerja lain.aku baru je nak adapt dengan hidup tanpa laptop. memang mati akal beb.okeh.ciao dulu.


p/s: sape tengok lisda n fauzi kat sehati berdansa last saturday? siries best! va va va en thaliva! :p

Thursday, November 6, 2008

panas dan hangat.kisah mawi-ikin pun tak hangat macamni.

wah wah wah.encik barack obama dari parti demokrat berjaya jugak akhirnya memecahkan monopoli golongan berkulit tidak hitam lantas menjejakkan kaki ke rumah putih yang dibangga2kan sangat oleh amerika tu.dia bukanlah orang pertama pun menjejakkan kaki kat situ kalau si condoleezza rice turut diambil kira.secara tak langsung dia telah memberitahu orang ramai bahawa rumah warna putih tak semestinya isinya pun mesti putih,faham? macam rumah orang melayu jugak dulu2 warna coklat sekarang dah macam2 kaler.rumah aku kaler oren sebab tu feveret kaler mak aku.balik pada kisah si obama bukan osama ok.sebab obama dan osama sangat jauh bezanya.macam matahari ngan planet baru jumpa tepi pluto.apa nama tah.satu dunia termasuklah pm (aku eja hurup kecik takut kang penulis blog cabuk ni kena heret ke mahkamah ke,isa ke..mana la tau kan) kita pun sokong.bukan ke si obama ni yang terang2 cakap dia pro-israel.heh.suku sakat bush jugak.tapi sebab mcCain pun sama je mesti la orang nak sokong obama kan.sebab macam best kuar berita 'bangsa tidak menentukan pemilihan perdana menteri' atau 'sesiapa pun boleh menjadi perdana menteri'.macamtu aku pun boleh la kan? hehe. tapi aku tanak.nanti glemer susah pulak nak cari privacy.hari raya mana larat nak buat open house kat padang bandaran atau stadium khas untuk rakyat-rakyat tersayang.eh lupa pulak.kalau aku jadi pm aku jamu satu malaysia makan free pakai duit rakyat tambah duit raya dan makanan bungkus untuk dibawa pulang.mesti semua rakyat sayang.oh tak sanggup aku memikirkan populariti tersebut.

yang aku pelik tu bukan obama sorang je glemer.anak bini dia pun sama glemer.maka seiring dengan pelbagai berita pasal kemenangan obama,banyaklah jugak blogger2 yang lebih berminat mempersoalkan fesyen puan michelle obama iaitu merangkap isteri presiden baru ni.aku baca kat yahoo omg! je.macam2 pe'el lah.btw aku tak rasa pun teruk sangat the so-called splotchy red and black Narciso Rodriguez frock tu.foreigner kat sini pakai baju camtu ok je aku tengok.saje je nak create tajuk berita hangat yang baru supaya bukan obama sorang yang hangat.yang aku sakit ati apsal.haha.seb baek kat malaysia ni takde observer yang begitu skali.kalau tak abis la.abis ape lu pk la sndiri.

dah.aku dah habis mengomel tentang sejarah baru dunia.lepas ni sila cetak buku sejarah dunia yang baru biar lagi menarik.lengkap dengan fesyen baju semua isteri-isteri presiden dan pm tak kisah pm negara mana pun ok.lepas tu komfem rating score subjek sejarah spm naik macam roket yang syeikh muzaffar guna masa nak gi...eh jap,dia g mana eh ari tu? he~

Wednesday, November 5, 2008

OMG! i'm 23 n i'm still here? :p

aku selalu berangan
berjalan kaki di malam yang dingin di tengah hiruk pikuk kota tanpa pedulikan orang sekeliling
dan orang sekeliling pun tak pedulikan aku
pakai kot paras lutut yang sungguh selesa dan bergaya..oh
tiba-tiba salji turun renyai-renyai..oh
singgah beli kopi panas dan burger..dan sambung berjalan..oh
tapi for the time being aku tak fikir ini possible
sebabnya? first, kat malaysia ni jangankan malam, siangpun aku takut nak berjalan sorang2 tanpa pedulikan orang sekeliling.dengan kes ragut,culik lagi walaupun cam tak logik je aku nak diculik,dan gaduh la bagai.nak berjalan kena selalu alert dengan environment.xbest tol. second,salji mana ada kat negara beriklim khatulistiwa maa.so aku berangan je dulu buat masa sekarang.nanti aku wat master perkara pertama kena pastikan tempat tu ada salji.mesti.

entah kenapa semalam aku rasa nak berangan benda yang sama lagi.tak boleh tdo punya pasal.main game buat sakit ati sebab laptop buat hal.lembab macam pe tah binatang yang paling lambat di dunia tu.yang pasti bukan kura-kura.tetiba dapat idea nak berangan.haha.da lama tak rasa excited macamtu skali.punggah balik koleksi cleo yang dah berabuk kat bawah locker dan bukak selaju mungkin sampai jari terluka.ah pedulikan.aku tengah excited.mari layankan perangai buruk yang aku suka buat ni.berangan pun satu bentuk motivasi.yang penting aku tak angan2 mat jenin.tengoklah..satu hari nanti..haha..mari melayan subjek penting dalam 'dreamworld' aku.tak tau kau semua boleh guess tak.


oh,bukan bukan.subjek penting itu bukan serena van der woodsen walaupun die cun. sungguh bukan. :p

























ah~ berangan pun dah seronok macamni
kalau betul2 lagi best..(^_^)
okeh aku nak mula belajar semula sekarang
kunci penting untuk merealisasikan angan2 ialah dengan belajar bersungguh-sungguh dan score.
baik! mari belajar! :p








Sunday, November 2, 2008

observation

dalam entri yang lepas aku ada sebut nak tulis pasal few things yang aku observe time final exam.

  1. muka jarang-jarang nampak kat cafe sebab semua dah mula berhibernasi kat bilik masing-masing.
  2. pegi mana-mana nota dah macam teman sejiwa.tak lekang dari tangan.
  3. library penuh pagi petang siang malam.
  4. bilik besepah ngan nota (ok la tak semua kot)
  5. 'gudlak' wish.actually aku xbaper suka ucapan ni coz klu berjaya pun nmpak cam bukan sebab usaha,tp 'luck'.
  6. kalau bertembung jz senyum sket then bawa haluan masing-masing.masa penting beb.
  7. abis satu paper cafe mesti penuh sebab makan memang bagus untuk hilangkan stress.xkira la gemuk ke apa yang penting makan.

tapi ada satu sindrom yang paling xbleh blah skali.ni aku observe di kalangan sisters la,brothers xtau lak.tapi siries xbleh blah.kau pernah dengar tak ayat ni? "xlarat r study,nak kawinlah." penah x? penah x? betul kan xbleh blah? haha

sindrom ni memang bukan rekaan semata-mata sebab dah banyak kali aku jumpa.sejak kat matrik lagi.time penat-penat perah otak belajar akan ada la yang mention ayat keramat ni.aku pun tak pasti diorang betul-betul maksudkan atau sekadar nak melepaskan rasa lelah dan penat mentelaah buku-buku dan nota yang bertimbun (walaupun sebenarnya aku quite sure kalau xsebab study last minit mesti kadar stress xtinggi sampai macamtu skali).tapi tak kurang jugak yang betul2 serius dengan apa yang diorang cakap.siap mintak aku tolong rekemen sesape lagi. oh,ini sudah kronik.

secara peribadi aku tak fikir kawin boleh tolong selesaikan masalah bila kita penat belajar. sebabnya bagi aku kawin bukan benda main-main.tanggungjawab lagi besar.single tak payah nak sibuk2 jaga makan pakai orang lain.betul x? bukan menafikan kebaikan kawin semasa belajar cuma mungkin itu sesuai untuk sesetengah orang dan tidak untuk yang lain.bak kata orang zaman kita sebagai pelajar ni adalah masa yang paling seronok skali.so treasure sehabis baik. study,enjoy,spend times ngan kawan2...dan buat benda2 yang kita nak buat sementara masih single.dah kawin,kita mungkin kurang peluang untuk semua ni.jadi bila kau penat belajar buatlah apa-apa yang sesuai untuk menghilangkan ke'tensen'an itu.macam aku,biasanya aku dengar lagu kejap,atau main game,atau bancuh air yang sedap dan minum dengan bersungguh-sungguh,atau makan coklat.ya,makan jugak yang paling best.mana la berat tak naik.kalau ada banyak masa aku kayuh basikal atau jalan kaki ke taman bandar.kesimpulannya,banyak lagi cara lain selain memilih untuk berkahwin.itu lari dari masalah namanya sebab belajar tetap kena belajar.hmm..macam yang aku cakap awal-awal tadi,ini cuma pendapat peribadi.no offence to others.

All the best to everyone, and...

chiao!