Tuesday, December 30, 2008

senyum pagi-pagi #1

perkara 1:

Gantung amah di kipas siling
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

AMPANG JAYA: Seorang majikan tidak berhati perut apabila sanggup mengikat kaki dan tangan pembantu rumahnya sebelum digantung di kipas siling semata-mata untuk melepaskan geram.

Mangsa yang bertubuh kecil itu dibiarkan berpusing di kipas siling terbabit sehingga pening.

‘Adegan’ seksaan yang tidak masuk akal itu menjadi tontonan keluarga majikannya.

Lebih dahsyat, mangsa disimbah air panas hingga menyebabkan dia melecur di badan selain dipukul tanpa belas kasihan. berita penuh



*kelakar la bab gantung kat kipas tu..cane leh terfikir nk wat camtu..tinggi tol imaginasi.




perkara 2:


apeke fesyen..unik tapi cam nak tersenyum agak lebar sket.. inilah jawa kontemporari..ooooo


perkara 3:

...Helikopter berkenaan mendarat di padang Sekolah Rendah Sinar Bahagia, Felda Taib Anda jam 1.30 tengah hari. Seterusnya mempelai diarak menaiki kereta Mercedes CLK 350 yang dipandu Ekin sendiri menuju ke Padang Awam Felda Taib Andak dan tiba kira-kira jam 2 petang. .. lagi berita


*nape ek mawi x drive sniri..hehe..mungkin saje nak bagi can kt ekin merasa bwk merz kot.. XD



p/s: benda-benda di atas buat aku senyum,mungkin tergelak sket..kau yang membaca kalau tak tercuit hati aku peduli ape.

Saturday, December 27, 2008

cuti salah tak cuti pun salah.fenin aku

5-day off

no classes
no friends (went home @ outing)
no laptop
library's closed
comp lab's closed


hmm..memang mati akal..khamis aku belek buku n magazines smpai naik muak..nak tengok tv remote hilang la plak..button kat tv tu pun da stuck.mana taknya,da dekat seminggu bebudak uia ni men tekan-tekan nak tuka cenel.satu hari mau lebih 10 kali tuka.darab ngan seminggu? pk la sniri ek.


semalam the whole day aku spent kat megamall.konon-konon nak g teman faizah n da geng men boling tapi tanak main,nak tolong ajar je.ceh,ajar la sangat.sndiri pun ratu longkang. pastu g cari novel.mdm yati soh cari wateva novel yg ktorang minat then bawak g klas nx week.dekat 3 jam jugak la ktorang meronda popular ngan MBS.finally nandini,faiz xoxo,n duri ros (nama glemer baru diorang) dapat gak buku yang dicari.aku plak disebabkan cerewet yang terlampau,maka berakhir ngan tangan kosong.actually i've been looking for a book but i couldn't find it anywhere in kuantan. alang-alang da update blog ni bleh la aku mintak tolong kau semua carikan skali. mana la tau kalau ada terjumpa kat mana-mana.tak kisah kat kuantan or kL,plz inform me ASAP tau.da craving da ni. tajuk buku tu 'a thousand splendid suns' by khaled hosseini. tolong ek.



pastu cam bese aku jalan g mydin.walaupun ada orang yang tak suka beli barang kat mydin mgkin sebab nampak tak class.heh,aku pun xsure.pedulilah class ke tak class.mengapa bayar lebih? belilah dengan harga borong! =) tapi manusia memang ramai.giler ramai! beli 4 barang pun kena beratur dekat setengah jam.kaunter express tak leh lebih 3 barang tapi aku memang sakit kepala fikir nak omit mana satu nih.empat-empat pun penting.haih! last2 aku redha je beratur panjang pun.silap la g mydin ari ni,lupe lak sempena krismas orang dpt gaji awal.ada bonus lak tu.pastu skrg lak da nak bukak skolah.memang silap la.




malam tengok histeria ngan kengkawan.mati2 diorang pujuk aku tengok citer lain tapi nak wat cane aku memang teruja sangat nak tengok si liyana jasmay tu belakon.bukan slalu bleh tengok die.btul tak? niyang rapik kat tv pun aku ikut sebab die.bukan sebab ustaz amirul tau.hehe. ikutkan citer hantu memang bukan feveret aku.tapi better la kan dari tengok brainscan kat wayang.baik aku beli cd tengok kat umah ngan adik2.baru best. =) btw,histeria tu xde la best sangat.cuma effect visual lagi bagus la kalau compare ngan citer-citer hantu melayu sebelum ni. at least hantu takdela asyik rambut panjang pakai baju putih je.tiga setengah bintang.lebih kurang kira halal.


--------------------------------------------



hari ni sabtu so cuti ada 2 hari lagi.ahad ngan isnin.nak g library tutup la plak.korang ada suggestion tak soh aku buat apa selain tengok tv or baca buku? outing pun tanak dah coz jpa tak masuk lagi. cc lagi la tak leh dijadikan tempat melepak,kering segala poket dan dompet dan tabung dan lain-lain tempat simpanan wang.setakat ni yang aku terfikir g taman bandar je.tapi sorang-sorang r..huhu.



yang penting malam ni beres.ada date ngan bilik tv.aku nak layan final sehati berdansa.hoho. tak bertamadun betul.jom sape nak join.tapi isyak settle dulu.kang da lewat malas.

Monday, December 22, 2008

betul la pengalaman tu guru terbaik

apa itu alzheimer?

tentu kau semua dah boleh jawab malah dengan tepat dan jitu.tapi kau pernah fikir tak, jawapan yang datang dari otak kadangkala kurang bermakna berbanding jawapan yang datang dari hati?


being a biomedical student,i came across diz term of disease quite a lot.tapi tak pernah sekalipun aku kaitkan dengan diri sendiri atau orang2 terdekat.lumrahnya macamtulah.kita belajar konon-kononnya untuk membantu orang lain di masa depanlah,for the sake of knowledge lah, tapi sebenarnya in the end tujuan utama kita adalah untuk score A dlm exam.on paper.bak kata dr. Tariq dlm 1st class hematology & oncology pagi tadi, "the learning outcome of any subject is actually zero,coz after a month u'll forget everything u've learned before." lebih mengukuhkan lagi teori dia tu,dia pun nak test ktorang pasal immuno yang ktorang blaja last sem.jantung aku punya la berdebar.otak ligat korek balik kat kotak fikiran mana aku simpan sume yang dia ajar dulu.tapi dia acah je.nevertheless, ternyata teori dr. tu ada benarnya.maka tersipu2lah aku dan kotak fikiranku.


tentang alzheimer tu aku mula berfikir lepas berborak panjang dengan sorang pakcik dlm bas express kL-kuantan sabtu baru-baru ni.slalu tu aku tak berapa berminat nak bertegur dengan sesapa pun dalam bas.sebolehnya aku cari la single seat.privacy sket.tapi slalunya jugak aku dapat seat tepi orang2 yang gemar betul berbual.kawan aku cakap aku slalu jumpa orang pelik2. aku cakap memang la aku slalu jumpa sebab sepanjang 23 tahun aku hidup hampir suku hidup aku abis dalam bas express.dari makcik yang anak-anak sume berjaya tapi sorang pun tak pedulikan dia,pakcik kristian bekas pilot jet pejuang yang suka bertanya pendapat pasal terrorist, paderi india yang cuba buat aku pening dengan teori dia pasal Nabi Isa, mat rock yang mengaku dulu dia pernah skolah pondok,budak poli yang teruja nak tunjuk sume benda yang dia berjaya cipta (dia siap bawak kuar topi yang dipasang kipas kat depan..haha..kretip2), manager company yang kaya-raya tapi suka naik bas sebab nak jimat, sampai la, the latest, pakcik yang risau takut-takut dia bakal menghidap alzheimer kelak sebab mak dia diserang penyakit tu sejak berumur 70 tahun.biasanya aku rasa terganggu di awal perbualan tapi towards the end aku rasa orang-orang macamni yang banyak mengubah persepsi aku terhadap kehidupan dan seringkali juga buat aku tersedar pada benda-benda yang aku lupa bersyukur.bagus jugak daripada tidur je sepanjang jalan.


alzheimer setakat yang aku tahu adalah sejenis penyakit yang biasanya menyerang golongan tua di mana pengidapnya akan mudah lupa pada perkara-perkara yang baru berlaku, atau dengan kata lain mereka ni tak dapat nak simpan short-term memory (memori jangka pendek) dan lama kelamaan bila penyakit ni menjadi semakin teruk pesakit berkemungkinan hilang memori yang baru dan juga yang pernah disimpan bertahun-tahun lamanya.akibatnya pesakit juga tak dapat mengenali orang-orang disekelilingnya mahupun ahli keluarga yang rapat.alzheimer merupakan salah satu pecahan dari penyakit nyanyuk.punca sebenar terjadinya penyakit ini masih belum dapat dipastikan.pesakit mengalami kemerosotan sel-sel otak yang luar biasa cepat berbanding yang biasa berlaku di usia tua.dipercayai kewujudan protein yang abnormal dalam sel-sel otak menghalang sel-sel ini berhubung antara satu sama lain, maka proses belajar dan berfikir serta mengingat akan terganggu.bagaimanapun,sebab terkumpulnya protein ini tidak diketahui.paling menyedihkan,sekali penyakit ini menyerang mana-mana individu, belum ada ubat yang ditemui yang boleh menyembuhkan pesakit kepada sedia kala.rawatan yang diberi hanya mampu untuk mempertingkat kualiti hidup pesakit dan mengurangkan simptom. ketahui 10 tanda-tanda alzheimer di website ini.


pakcik tu nampak risau betul bila aku bagitau dia yang penyakit ni belum dapat dipastikan sebab sebenarnya.berdasarkan pembacaan aku sebelum ni alzheimer boleh menyerang sesiapa saja walaupun tanpa sebab-sebab yang nyata,tapi kebarangkalian lebih tinggi jika ada ahli keluarga yang mengidap penyakit yang sama.dikatakan pemakanan dan pencemaran yang berleluasa hari ni pun merupakan antara penyumbang yang dikenal pasti.pakcik tu tanya pendapat aku kalau-kalau ada langkah pencegahan sebab dia betul-betul takut kelak dia ditimpa nasib sama macam mak dia.aku cuba la cadang setakat yang aku rasa-rasa macam berguna. betul atau tak tu aku pun tak berapa nak pasti.hehe.tapi yang penting jangan biar otak berehat terlalu lama sebab otak fungsinya untuk berfikir.jadi banyakkan aktiviti yang melibatkan skil berfikir.aku cadangkan pakcik tu main chess,dam,dll.pakcik tu tambah sket,dia nak main sudoku.hehe.bagus la pakcik ni.pastu banyakkan membaca dan berbual tentang isu-isu yang mencabar minda, dan paling bagus kalau berjinak-jinak dengan menghafal surah-surah dalam al-Quran.pakcik tu nampak relieved sket.baru aku perasan,patutla pakcik ni tak henti-henti berbual dengan aku sepanjang 4 jam perjalanan.macam-macam cerita keluar.pasal anak-anak dia yang sorang pun tak berminat nak amik medik,adik ipar dia yang sedang buka francais taska bawah tajaan MARA, sampai la kes balak melibatkan IIUM kuantan baru-baru ni.pakcik tu cakap sekarang uia kuantan dah famous.huhu.nampaknya nx year dah tak payah wat iQuest pun takpe la kot.hee~ rupa-rupanya berbual pun salah satu cara untuk buat otak pakcik tu dan otak aku skali bergerak.provided that berbual tu bukan 'borak kosong' la.


sepanjang perjalanan dari terminal ke uia, aku asyik terfikir,alzheimer boleh menyerang siapa pun. kita bangun di satu pagi dan berkemungkinan terlupa pada siapa yang melahirkan kita atau lebih teruk lagi jika kita lupa pada siapa yang menciptakan kita.na'uzubillahiminzalik.dan itu memberi satu lagi sebab untuk aku bersyukur...