salam aidil adha buat umat Islam seluruh dunia,
hari raya tahun ni 1st time aku xmkn daging dgn byknye..sbb ummi ngn atok xbuat korban. mak lang sakit so xbley mkn daging byk sgt..bagus2.ramai lg org lain di luar sana yang lebih memerlukan. =) ape pun raya haji thn ni feels a lot better than years before...kenapa? emmm... sbb lebih byk ms berkualiti yg aku luangkan bsama org2 tsayang..hehe..konon r..
ok abes bab raya.point penting entri kali ni bukanlah raya atau korban atau daging atau lembu yang diambil dagingnya mahupun tukang sembelih lembu.kali ni aku nak mencoret sedikit tentang satu perkara yang amat menyakitkan hati sejak berkurun lamanya..sape tau dok diam xyah buat pape.. =P

ape yang aku saket ati sgt tu?.....ye tak lain dan tak bukan si devil CIGARETTE SMOKER @ name melayunye PEROKOK. nak lagi spesifik --> si devil perokok yang merokok di tempat awam.rasa nk sumbat je bara rokok tu dlm mulut die.heh!
kadang2 kte mkn kat kedai tetiba hidung rs xbest je sbb org meja sebelah selamber hembus asap rokok..tak pun time tggu bas kt bus-stop sekelompok budak2 muda yg lupa 1 hari nt diorg pun akan tua merokok xhengat dunia..lg membencikan bila 1 family keluar mkn, anak2 ngn isteri sibuk mkn nasi si suami sebok makan asap.klu mkn sorg2 xpe gak ni pegi share plak asap tu ngn anak bini die w/pun diorg xmintak pun...bohong la klu perokok tu xpenah dengar perkataan 'passive smoker' atau 'perokok pasif'..dulu aku percaya tp skrg perokok lg tau kesan merokok dan penghidu asap rokok b'banding org yg x hisap rokok.betul x?
tp paling buat aku bengang skali orang yang merokok dalam bas.paham tak bas tu kenderaan awam? paham tak? lagi rs cam nk sepak klu yang merokok tu driver pstu dalam bas ber'air-cond'.aku cakap mengong kang marah..nak bunuh diri ngn rokok aku xkesah tp yang aku kesah bila gaya merokok tu dah macam nak bunuh satu bas.bukak tingkap ke tak bukak aku xkira sbb asap rokok menusuk gak idong aku ni...ughhh
penah gak dlu aku wat aduan kt no yang slalu tertera kt blakang bas.ala yang kte leh contact klu ade aduan psl pemandu @ bas tu..tp xde pape changes pun..klu takat bas biasa tu boleh gak la tegur2 sket tak pun aku lari g dok jauh2 tuka seat ke hape tp klu bas express aku pn serba-salah nk tegur..kang xisap rokok ngantuk eksiden plak lg susah...hadoi...
----------------------------------------------------------------
"23 Mac 1995, Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa merokok itu haram....
Pengharaman merokok turut disokong oleh para ulama dan mufti di negara-negara lain termasuk Mesir, Oman, Pakistan dan Arab Saudi. Malangnya fatwa tersebut tidak dikuatkuasakan di Malaysia."
source: Kuatkuasakan fatwa rokok haramsekadar menyebut beberapa dalil....
"Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri dalam kebinasaan." (Al-Baqarah:195)
"Janganlah kamu membunuh diri-diri kamu sendiri. Sesungguhnya Allah sangat Mengasihi kamu." (An Nisa':29)
Rasulullah SAW bersabda,
"tidak boleh (menimbulkan) bahaya dan tidak boleh pula membahayakan orang lain." (HR. Ibnu Majah dari kitab Al-Ahkam 2340).
source: Merokok Memang Haram----------------------------------------------------------------
dah macam2 iklan wujud berkaitan bahaya rokok..xcukup poster, billboard, kat tv pun belambak.sekarang ni kat kotak rokok pun tampal gambar mcm2..baby mati xckp umurlah, kanser paru-paru lah, kanser mulut lah...dan macam2 lagi..tp yg takutnye bukan perokok tp yg xmerokok..mcm aku ckp td...aku kata mengong kang marah...abeh tu da tau buat2 xtau..geram aku.nak mati cepat aku xkesah tp mati sorang2 jgn angkut org keliling yang xbersalah especially kaum keluarga kau wahai si perokok..anak isteri..mak bapak....xboleh salahkan org jual rokok sbb kau yang beli dengan rela hati bukannya tokei kedai tu paksa..abeh tu orang jual pork, jual arak, apsal xcakap sume org kena makan pork? dah die jual kena la beli.macam tu?
kalau alasannya sebab Allah xcakap rokok haram dalam al Quran, lupa ke peranan ijtihad dan ijma' ulama'? bekas mufti Mesir pun dah fatwakan rokok tu haram cuma ramai yang menafikan semata-mata untuk kepuasan diri..wallahua'lam.
saket ati tau tengok budak2 muda pakai baju sekolah lagi tangan sume pegang rokok.g mana2 pun 90% lelaki merokok.bergaya la konon..manyampah ade..bergaya je tapi mulut busuk badan sume busuk bau asap buat ape..zaman sekarang sape yang dapat suami mahupun bakal suami yang suci dari rokok tu memang patut buat sujud syukur la..aku tabik spring tahan lasak punya spring kat lelaki di luar sana yang tak merokok..rosak betul..yang merokok tu plak majoriti orang melayu..yang jual rokok orang bukan melayu.. ade otak lu pk la sniri
aku asyik terpk, apsal perokok tu xmati cepat sket..hisap rokok dalam 4-5 batang pastu kanser pastu mati.baru la ramai takut nak merokok dah..tp xlogik sebab aku blaja kanser tu penyakit kronik..ambik masa lama nak develop...
mak aku penah cakap apsal kerajaan xpunish devil-devil perokok tegar ni dengan setimpal. asyik denda bayar duit je sape kesah.duit diorg belambak beli rokok takkan nak bayar denda xmampu.mak aku suggest letak diorang ni dalam satu bilik bertutup rapat (lg bagus klu kedap udara..haha) biar diorang merokok puas-puas.lagi untung ape..klu hisap rokok kt tempat awam yang disedut tu lebey kurang 10% je, 90% lagi orang di sekeliling aka mangsa kekejaman si perokok yang sedut..kan da rugi tu..yang keluar duit beli rokok si perokok je..aku sokong idea ni..wahaha
kepada perokok-perokok sekalian,tolonglah cari inisiatif untuk quit smoking.aku tau memang susah nak overcome addiction.adik aku pun ade sorang yang merokok.hangin gak aku dibuatnye. nak ikut kawan punye pasal.tapi last2 die cuba berenti.makan pisanglah,chewing gum lah..yang penting usaha dan azam tu kena kuat.lama2 mesti boleh punya.kalau dah xboleh sangat pun tolonglah...tolonglah jangan merokok di tempat awam atau pun di kawasan bertutup di mana terdapat orang yang xmerokok di sekeliling.kalau dalam satu rumah tu sume merokok kau nak merokok itu kau punye pasal..cuma jangan menambah dosa bunuh orang lain secara senyap.
kalau tahu tapi buat2 tak tahu tu dosa
kalau tak tahu dan buat alasan tak tahu pun dosa
sebab tak tahu kena tanya dan cari supaya jadi tahu
itu gunanya Allah bagi aqal.