CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 7, 2010

1 Muharram 1432 Hijrah..ada kamu ambil tahu?

Assalamu'alaikum wrt wbt,

Sempena 1 Muharram 1432 @ Ma'al Hijrah @ Tahun Baru, aku ingin menyambut hari ini dengan blog entry yang bermanfaat, penuh hemah, tauladan, lagi bersopan santun.Maafkan aku andai susunan bahasa yang aku gunakan sedikit berterabur. Aku masih belajar. Maaf ye. Aku doakan pembaca-pembaca sekalian, bloggers mahupun bukan bloggers, sentiasa dalam lembayung rahmat dan maghfirah (keampunan) Allah yang Maha Esa. Mari kita buka buku amalan baru kita di tahun ini dengan azam dan usaha ke arah menjadi insan yang lebih baik berbanding hari-hari semalam. ameen~

Oh, kejap.
Jika lagu supergirl di blog ini mengganggu mood anda membaca, sila tanpa ragu-ragu menekan butang 'pause' di mp3 player di sisi sebelah kanan bawah blog ini ye. Minta maaf. :)

Sedikit info tentang 1 Muharram..

Nama bulan ini diambil daripada perkataan 'Harram' yang bermaksud 'dilarang (forbidden)'. Dahulu kala, orang2 Arab melarang sebarang peperangan daripada berlaku dalam bulan ini. Namun, selepas kedatangan Islam dan selepas pembukaan kota Makkah, adat ini telah dimansuhkan. Dikatakan juga bulan ini merupakan salah satu antara 4 bulan yang dimuliakan dalam Islam. Ada yang menafikan pendapat ini dengan mengatakan semua bulan adalah mulia. Wallahu'alam sebab aku tak ada sumber sahih. Sesiapa yang lebih arif tu boleh la tolong. Terima kasih.

Antara tarikh-tarikh penting dalam bulan Muharram adalah 1 dan 10 Muharram. Kenapa sangat penting? Ok. sila baca lagi ye. Nanti boleh cerita dengan adik beradik, mak ayah, bibik, tukang kebun dan ramai lagi kat rumah. Sama-sama buat kebaikan, sama-sama dapat pahala, kan? kan? kan?

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Umat Islam disunatkan berpuasa pada hari ini berdasarkan hadis riwayat Sahih Bukhari:
Dari Ibnu ’Abbas, ketika Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah, ia melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Nabi bertanya: ’Apakah ini?’ Orang-orang Yahudi menjawab: ’Ini hari yang baik. Pada hari inilah Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, maka Musa AS berpuasa pada hari itu. Kata Nabi kemudian: ’Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian. Maka Nabi pun melakukan puasa dan kaum mukmin untuk melakukannya juga.”
Ada juga hadits yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim bahwa orang yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram), ditambah hari Tasu’a (9 Muharram) dan tanggal 11 Muharram akan diampuni dosa-dosanya selama setahun yang lalu.

Oh, ya sebelum terlupa, tahun ini Hari 'Asyura jatuh pada 16 Disember 2010 (Khamis). ^^

______________________________________

Seronok dapat berkongsi sedikit ilmu dengan semua. Yang tak tahu dah jadi tahu, yang dah tahu mungkin lupa, jadi sekarang dah ingat. Kita orang Islam. New Year 1 Januari kita boleh sambut meriah setiap tahun takkanlah nak ambil masa sikit renung sejarah Islam kita tak mampu. Renung-renungkan pun dapat pahala, kalau ditambah dengan pelbagai amal ibadah makin bergandalah pahala tu, ye tak? Kalau tak caye, tanyalah ustaz. Kat tv9 tu pun boleh. (Sape tak tau citer Tanyalah Ustaz sila buat2 tahu..lalala~)

Salam Ma'al Hijrah, everyone~
Have a blissful years ahead. ^^




Sebahagian kandungan entri ini dipetik dari artikel ini dan ini.

3 comments:

Magrib said...

salam maal hijrah...

tahniah... sila ke blog saya... ada entry pasal anda..

http://magribmenjelma.blogspot.com/2010/12/timmies-si-pemenang-contest.html

pN.rOs said...

bagusnya info macam ni... thanks 4 sharing

oh farah said...

wahh! thanx a lot! ^^