CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 6, 2010

Aku nak masuk TV-series


buat entah keberapa kalinya dalam minggu ini haku hapdet incik blog ini dengan entry berbaur contest..haha..bukan berbaur, memang contest pun.entry lain tu nanti-nantilah.xde idea lagi.

contest apokobondo la plak yang aku join kali ni.haih~ tak abeh2.

tapi yang ini boleh tahan menarik buat aku tertarik.sebab ia memberi peluang aku berangan-angan..hoyeah~! berangan jadik pelakon dalam tv series. ala, skali skala apa salahnya. nak jadi betul2 macam mustahil pulak. so, jom la kita sama-sama berangan.kot-kot bertuah leh dapat hadiah.best tak? hoyeah~! hoyeah~! (siries aku sangat seronok sebab dapat berangan secara rasmi) rasmi la sangat

Contest ni macam yang lain-lain jugak, xdelah sesusah mana. Berikut adalah keratan daripada page si tuan punya contest:

  1. ang pa suma kena la jadi follower gua dulu...
  2. Pastu, buat 1 entry khas bertajuk "Aku nak masuk TV-series"
  3. Dalam entry ang pa suma mesti kena jawab soalan2 gua... copy balek then, jawab..
  4. Dalam entry ang pa suma juga mesti letak banner gua tuu.. pastu, link kan kat Blog gua.

no. 1, 2 & 4 sume aku da buat.komfem.aku tak maen tipu.
dan inilah soklan-soklan cepumas itu..tentedeng~

1. Nyatakan tajuk TV-series yg anda minat. (Dalam dan Luar negara)

Actually, aku kurang sket tengok tv-series dalam negara ni..tapi yang aku jarang miss adela 2-3, macam cite Matahari (yg lisdawati jd jahat tu), Nur Kasih (cite ni best tp panjang so aku pilih2 episod.hehe), and the latest Ayoub (mainly bcoz of Iqram Dinzly..gedix tak..haha)

Luar negara plak aku paling gilakan Gossip Girl.
oh aku bukan jenis suka bergosip tapi mungkin aku ada sisi tersembunyi yang aku tak sedar dan tak mahu ekspreskan.sumpah.aku tak mahu gossip.ok melalut.


2. Kenapa suka TV-series tu?

Cite Matahari n Nur Kasih opkos sebab storyline yang interesting..Ayoub best sebab Iqram (tah pape..Iqram je pun) ~(^^)~

Gossip Girl best sebab Blake Lively yang cun dan fashionable.mata aku asyik terbeliak tengok baju-baju dia..pastu otak pun melayang sampai ke new york..Cite belit2 tapi fast n interesting. Boley cuci mata lagi..gagaga~

senang citer, apa pun yang buat aku sanggup berlapar dan menangguh untuk ke toilet, cerita tu memang best.


3. Jika diberi peluang, anda di pilih untuk berlakon... TV-series manakah yg anda mahu??

walaupun aku suka gossip girl, tapi aku nak belakon cite korea..muahaha..tipikal kan? peduli apa.janji aku hepi..seboleh-bolehnya aku lebey suka kalau digandingkan dengan si hensem ini.. :P


tapi yang paling aku teringin dari dulu sampai sekarang ialah citer Sassy Girl Chun Hyang. best woo~




4. Watak mana yg anda mahu?

Chun Hyang ler..takkan watak boypren die plak..kang tak pepasal aku kena wat surgery ubah jantina la plak:P


5. Dengan siapa anda mahu digandingkan???

Kalau boleh nak tuka hero tu ngan incik ensem di atas..hehehe



6. Mengapa bersama dia? (watak yg anda pilih di soalan no.5)

Sebab dia menarik, tertarik, ditarik, penarik, tarik tali, tarikan graviti dan lain-lain lagi.


7. Anda nk babak yg macam mana??

Semua babak dalam cite tu..daripada sesusah-susahnya sampai la ke sesenang-senangnya.. walaupun aku tak reti belakon akanku belakon jugak demi angan-anganku..menanges air mata darah la wahai bakal-bakal penonton sekalian.muahaha

p/s: ekceli aku suka watak fantasi tapi macam tak kena sangat plak ngan cite di atas.hehe



8. Adakah anda rasa TV-series di Malaysia ini setanding dengan luar negara? bandingkan dan beri pendapat anda...

Dulu mungkin tak berapa bagus, semua sama je. Cintan-cintun..tak pun kisah syarikat2..bosan giler..tapi sekarang dah banyak berubah. Plot dah pelbagai. Mungkin kadang-kadang ada yang nampak macm tiru citer luar sket tapi overall menarik gak selepas ditokok tambah..kretip ape. tapi walaupun umur aku dah tak layak dipanggil budak, otak aku still tak berapa nak dewasa so aku paling suka slot citer dongeng petang-petang kol 4.30 tu..sungguh layan~



okeh.da setel.
syok kan berangan?
sape nak join jom la..meh kte berangan ramai2 meh..diri aku sniri cakap kte kena angan-angan baru boleh capai impian.eleh.betul ke aku sniri cakap.ke aku tiru orang....

suka hatilah.janji hepi. ^^

    2 comments:

    Magrib said...

    tahniah anda antara pemenang contest aku nak masuk tv series..

    sila ke..
    http://magribmenjelma.blogspot.com/2010/12/pemenang-contest-aku-nak-masuk-tv.html

    zmah said...

    Tahniah tuan blog...!