Aku telah ditag secara suka hati oleh Cik Mimie yang memang suka menulis sesuka hati beliau. Macam mana dia boleh tau aku kuat makan ni...haih. Penat aku sorok rahsia ni selama berdekad-dekad lamanya. Memang suka-suka hati die je tau. :P
1. Bagi 3 makanan yang korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.
- sate
- kue teow kungfu
- dol sot bibimbap
2. Jenis air apa yang korg paling suka?
Coklat & vanilla shake.
Tp kalau keluar mkn slalu order limau suam. ;)
3. Which type of food yg korang prefer? Pilih 3.
Masakan kampong, Korean food, dan bakery products (Baker's Cottage is the best!). Mabeles~
4. Apa makanan yang korang expert masak? Dalam kata lain x payah tgok resepi tapi at the same time bila orang lain rasa akan kata Wah, gila sedap!
Gulai telur masak lemak..haha..aku tak pandai masak tapi lauk ni kalau aku masak memang adik-adik aku makan sampai menjilat pinggan.
5. Semahal mana korang bayar tok makanan korang?
RM50 kot..makan seafood.
6. Beri nama Restoran peberet. Apa makanan paling sedap?
Tak ingat nama tapi mostly restaurant korea kat area kl. ^^
Johnny’s pun aku suka. Steamboat die paling meletop!
7. Ayam, itik, lembu. kambing, brung puyuh, burung wak2, rusa, landak, merpati, ayam denak. Mana 1 korang suke? Kalau korang suka tp xde lam list gtau erk?
Aku adalah peminat daging lembu yang tegar..hoho..ayam jatuh di tangga ke-2..tapi aku teringin sangat nak rasa daging rusa..cmne la agaknya rasa die ye..
8. Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda. Dan makan/minum apa? Kalau korang ingat la kn..
Muahaha..pasangan bagaimanakah itu? Kalau pasangan sahabat kami pernah makan beef teppanyaki set + Strawberry milk shake kat Mr. Teppanyaki, Times Square. Kan dah kata aku gila daging :P
9. Apa makanan yang selalu remind korang terhadap pasangan korang? kenapa?
Tah. Takde pasangan spesel. sume makanan remind me terhadap diri sendiri. hehe
10. Kalau pergi rumah orang. Korang akan berharap orang tu hidang pe?
Bulgogi (daging bbq) bersama sayur-sayuran fresh..memang aku menginap semalaman kat situ tros~ kekeke
11. Makanan yang korang xleh nk telan langsung. Samada x sedap atau xleh telan langsung.
Jelly warna-warni salut gula yang budak-budak suka makan tu. Tengok je pun dah sakit kepala. Manis gila!
12. Menu raya yang paling disukai.
Ketupat + rendang, dan soto yang ada banyak tempe. ^^
13. Jajan/cekedes yang korang suka.
Chachos~ (aku kurang makan jajan. konon jaga kesihatan)
14. Beri 2 makanan yang mak korang masak yang korang paling suka.
Gulai ikan masin & ayam masak merah. Huwaaaaa~ nak balik umah~~!!
15. Makanan yang paling pedas korang makan? sapa masak?
Sambal ikan masin dimakan bersama nasi lemak yang dimasak oleh adik kedua aku merangkap chef terhormat kat umah. Bapak pedas yang membunuh segala deria rasa. Sape hantu pedas aku rekomen die jadi suri di hati korang, nak? :P
16. Korang kalau jumpe orang yg TAG nie, apa agaknya yang korang akan hidangkan?
Cukup la kue teow sup semangkuk. :P
17. Sila tagged 5 orang dan PAKSA mereka buat tagged ini
- far faraway
- mama




0 comments:
Post a Comment