Selamat hari isnin to all readers~Semoga bahagia dan ceria selalu.
Weekend baru-baru ni aku berpeluang bersantai dan meronggeng sepuas hati bersama kawan baik setelah berhempas pulas bekerja selama beberapa bulan (bajet rajin). Disebabkan kami satu kepala maka dengan mudahnya kami mencapai kata putus untuk menonton filem 'Aku Tak Bodoh'. Puas aku pujuk housemate aku si kaki wayang untuk tengok citer ni tapi die tak nak. Takut betul-betul jadi bodoh katanya. Ok takpe. Jom belek-belek sikit pasal filem ni. Bodoh ke tak bodoh.
Filem 'Aku Tak Bodoh' adalah adaptasi daripada filem blockbuster Singapura 'I Not Stupid' arahan Jack Neo. Bukan plagiarism ok..adaptation. Selalu ramai salah faham di situ.
Filem ni filem komedi bertemakan keluarga. Mengisahkan tentang Roy, pelajar yang datang daripada keluarga yang mewah dengan harta benda. Tapi mommy dan daddy die asyik sibuk je memanjang. Roy ni seorang blogger dan pernah menang award Best Blogger. Fuh! hebat tu~ Roy ni ada seorang adik lelaki, Jeffry, yang masih di sekolah rendah.
Roy berkawan baik dengan classmate-nya Sudin, seorang pelajar miskin yang sangat berminat dengan martial arts baca: seni mempertahankan diri. Sudin tinggal berdua je dengan ayah die yang tempang. Mak Sudin lari tinggalkan diorang sebab tak tahan dengan ayah Sudin yang kaki pukul dan suka bergaduh.
Inilah Roy (kiri) dan Sudin (berbaju hijau)
Basically, filem ni berkisar tentang remaja dan anak-anak yang dahagakan kasih sayang ibu bapa dan berusaha melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. Sering saja anak-anak disalahkan bila berkelakuan buruk dan terlibat dengan gejala sosial. Tapi kebanyakan masalah tu berpunca daripada keluarga yang porak peranda. Dan kadang-kadang ibu bapa gagal dalam melahirkan rasa sayang pada anak-anak mereka walau pun hakikatnya mereka sayang gila.
Bunyi macam tipikal, betul tak?
Ala, biasa la cerita-cerita macamni. setakat masalah sosial remaja dan family problem. So, apa yang lainnya dengan Aku Tak Bodoh?
Bagi aku, filem ni sangat best sebab jalan cerita die tak berat. Setiap babak digarap dengan bersahaja tapi berkesan. Lawak memang tak hengat~ paling penting, bukan lawak bodoh ok. Aku rasa otak director filem ni macam gila-gila sket. Suka! Dan bila babak sedih, korang tak sedar pun babak sebelum tu akan bertukar menjadi sedih. Sedar-sedar air mata dah jatuh berjurai (eceh!). Pastu pandai pulak di cover dengan adegan lucu, terus tergelak balik. Dah jadi cam tak betul plak aku dalam panggung tu. Sekejap ketawa, sekejap menangis. Serius best!
Banyak sindiran yang ditonjolkan secara sinis tapi mudah diterima. Jadi, sila tonton dengan minda yang terbuka. Filem ni bukan sekadar memberi teguran kepada ibu bapa, tetapi juga anak-anak, pelajar, guru, peniaga, pihak berkuasa, dan sebagainya. Pendek kata, semua kena.
Aku paling tertarik dengan babak ayah Sudin cuba bagitau yang dia sebenarnya sayangkan Sudin. Time Sudin tengah cedok nasi boleh die gi cakap 'Sudin, I love you'. Terus terlepas periuk nasi tu. muahaha. aku rasa babak tu comel.
Dah, aku tak nak review lebih-lebih. Kalau aku bagitau semua tak best la kan? Nak tau korang kena layan sniri filem ni. Aku suka sangat kalau ada lebih banyak filem macam ni di pasaran. Tak payah sumbat muka-muka glamour. cukup 2-3 orang asalkan semua boleh bawa watak dengan berkesan. Aku bagi full 5 bintang. Filem ni memang langsung tak bodoh. Sape tengok memang sangat pandai! ^^

'Tak ada anak yang tak boleh diajar. Cuma kita yang tak pandai mengajar'







4 comments:
rami yg kate best cite ni! hehe ;)
dan percayalah semua yang kata best tu bercakap benar. ^^
memang besh.. rugi kalau tak tengok cite ne dekat wayang.. =)
wow really? hahaha kena tgk ni :)
Post a Comment