CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 20, 2010

AutoPing Entri di BlogLarian FB

Salam, everyone~

Kepada semua penghuni rumah sewa BlogLarian, BlogLarian kini sudah ada di FaceBook~~! ..dan BlogLarian kini menyediakan khidmat autoping entri untuk anda. Jadi silalah bersuka-ria sambil memanjatkan sepenuh kesyukuran. Kenapa? Kerana kerja kita sudah dimudahkan. Dah la senang nak blogwalking, sekarang tolong ping blog secara automatik plak. Baik hatinya Encik Pengasas-BlogLarian ni kan? ^^


Klik sini untuk tahu lebih lanjut

Aku suka betul dengan idea BlogLarian ni sebab aku tak perlu lagi right click dan open new tab banyak-banyak sampai laptop jadi lembap setiap kali aku nak blogwalking. Save time, save energy. Pastu, senang nak ingat blog mana aku dah gi lari-lari tinggalkan tapak kaki tangan semua dan blog mana yang belum dan pastinya setia menanti kunjungan aku. Pendek kata semua mudahlah. Suka betul aku.

Tapi ada jugak tak bestnya kadang-kadang bila sesetengah rumah tu lambat pulak bukak pintu baca: loading bila aku datang bertandang. Puaslah aku dok tercangak kat depan tu tunggu nak masuk. Rumah nampak menarik va-va-voom dari luar, tapi susah bebeno nak menjengah isi kat dalam. Last-last aku terpaksa dengan berat hatinya mengangkat kaki lalu berlalu pergi ke kawasan kejiranan lain. Sedeh woo~

Okei. Aku nak pegi melawat jiran-jiran sebelah rumah. Dah berjalan serata alam, tepi rumah sendiri jangan dilupa. Aku nak pegi silent whisper kat diorang pasal kemurah-hatian terbaru BlogLarian ni. Btw, jangan lupa singgah ok. Aku menyewa kat Rumah No. 97. Datang jangan tak datang~ ^^

    4 comments:

    Jari Jemari said...

    hehe..menarik2x..(^-^)

    TiMmiE said...

    ye cik jari. mmg menarik. cubalah. *sambil buat gaya nora danish dlm iklan pati halia*

    atOn said...

    jempot la ke rumah kami 131...hehe ;)

    TiMmiE said...

    jemput dtg juga~ ^^