CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 24, 2010

Bab ni paling korang suka time blaja subjek agama kat sekolah dulu, kan?

Salam everyone~

Hari Jumaat yang bahagia kan? Jadi jangan cemarkan dengan perkara-perkara tak berfaedah dan mari berbincang tentang perkara ilmiah, contohnya bab nikah dan kahwin.

Ha, suka la tu.

Menyampah betul. Entri ini bukan entri menggatal ok. Ini memang betul-betul nak share. Sila fokus. (bajet serius)

Semalam untuk entah yang keberapa kalinya Ummi sogok aku lagi dengan pujukan-pujukan berunsur paksaan supaya aku cepat-cepat kahwin. Oh, ibuku yang tercinta ni dah mengidam nak cucu sangat nampaknya. Lagi-lagi hujung tahun ni bersusun-susun kenduri kahwin. Maka jeleslah ummiku itu lantas menjadikan aku mangsanya selaku anak yang sulung. Apalah nasibku~ Suruh la kak ngah ke, uda ke, sape-sape kawen dulu takde kukesah. Sapelah punya angkara mencipta term 'langkah bendul'. Sungguh tak berhati perut manusia itu. hehe. gurau gurau. Marah nenek moyang kang~ :P

Aku secara jujurnya tak rasa nak kahwin lagi buat masa sekarang. Bukan menolak institusi perkahwinan itu sendiri, cuma belum bersedia dan kalau aku kahwin sekarang mungkin akan mengakibatkan penganiayaan kepada si jejaka tersebut. Banyak lagi cita-cita yang belum tercapai, contohnya genggam sekurang-kurangnya Master so that tangga gaji tinggi sket, bagi Ummi hidup senang macam permaisuri..hehe..bawak adik-adik jalan-jalan sambil belikan ais krim dan coklat mahal (ko ingat adik ko tu kecik-kecik lagi ke)..joli ke sana-sini dengan kawan-kawan without any concerns about what to cook for lunch and dinner, melancong ke tempat-tempat idaman kalbuku, dan banyak lagi. Semua ni aku target nak buat sebelum usia menginjak 28. Then, baru ready untuk berpunya dan dipunyai. hehe. Apa? Andartu? Oh, bagi aku itu subjektif. Personally, aku rasa 28 tu just nice. Sebab aku tak nak regret kenapa aku tak buat itu dan ini lepas kahwin. Walaupun kamu berpendapat lepas kahwin pun boleh buat apa yang aku suka, tapi aku tak yakin perkara yang sama untuk diri aku. Aku tak berani ambil risiko. Kadang-kadang aku terfikir, isu 'career woman lambat kahwin' yang semakin membimbangkan seluruh dunia tu merujuk kepada aku jugak. Sebab money memang comes first bagi aku. Kahwin boleh tunggu. Aku percaya kalau ada jodoh tak ke mana. Kan?

My jodoh. lalala~

Ok back to the main topic. Bercakap soal kahwin, ramai yang sedar perkahwinan adalah satu ibadah yang dituntut. Saidina Abbas r.a. meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W bahawa tidak sempurna ibadat seseorang itu kecuali apabila dia sudah berkahwin. Tapi, berapa ramai yang tahu bahawa bukan semua orang boleh berkahwin? Hah, macam mana pulak tu?

Ok, secara ringkasnya hukum berkahwin ada 4:

1) Wajib

Lelaki yang mampu dari segi kewangan untuk membayar mas kahwin, mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin, dan tidak berniat untuk menganiya isterinya selama berumah tangga. Seseorang yang yang tidak dapat mengawal hawa nafsunya walaupun setelah menahan diri dengan berpuasa, dan yakin bahawa sekiranya tidak melangsungkan perkahwinan maka dia pasti akan melakukan zina juga wajib berkahwin. Golongan ni kalau tak kahwin mungkin boleh mengakibatkan macam-macam kes rogol yang kita dengar hari-hari kat tv. Maka, plis lah kahwin. Aku merayu.

2) Sunat

Lelaki/perempuan yang telah cukup syarat berkahwin dan aman dari ancaman terlibat dalam zina disunatkan berkahwin pada bila-bila masa saja mengikut perancangan masing-masing. Ini adalah hukum asal perkahwinan.

3) Makruh

Lelaki/perempuan yang bimbang jika dengan perkahwinan akan menzalimi pasangannya. Contohnya, lelaki yang mempunyai kelemahan fizikal, terlalu uzur dan sebagainya hingga tidak dapat memenuhi nafkah batin isterinya kelak walaupun dia mampu dari segi kewangan. Berkahwin sewaktu negara sedang menghadapi peperangan juga adalah makruh.

4) Haram

Seseorang yang tidak berkemampuan untuk memenuhi nafkah zahir dan batin isterinya dan yakin pasti akan melakukan penganiayaan serta kezaliman jika berkahwin.

*diolah berdasarkan entri oleh Ustazah Azimah dan Azwananuara


Hmm...dah habis baca? Senyum-senyum tandanya sunat kahwin la tu..hehe..tak pun wajib. ops! Cuma sebagai peringatan untuk kaum wanita terutamanya, jangan serahkan segala cinta dalam hati untuk lelaki yang belum sah sebagai suami. Kelak jika cinta tak kesampaian, kamu merana. Percayalah. Tak payah tunjuk semua hanya kerana yakin satu hari kamu pasti saling memiliki. Macam mana kamu boleh begitu pasti? Sedangkan ribut taufan boleh berlaku waktu hari terang dan tenang. Dan lelaki pun janganlah suka ambil kesempatan. Nak madu je tau, hampas buang sepah-sepah. Datang lebah satu kompeni gigit sampai mati baru tau. haha. ok gurau gurau. Yang penting, ingat satu perkara. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. What goes around comes around, bebeh.

Sebelum jari-jemari manisku ini merehatkan diri, aku nak bagi ucapan tahniah kat dua mempelai gorgeous yang baru melangsungkan perkahwinan mereka dalam 2-3 minggu lepas.

Judin dan Fazlina (ini pasange daghi klate)

Don Luqman dan Sarah (yang ni plak puak-puak utagha blaka)


Amacam? Gorgeous tak diorang?


yang ni plak aku tengah tunggu jodoh yang tertera kat gambar first tadi (kasi unsur misteri sket)


abeh la perasan~

4 comments:

CIK TOM said...

hehe...emak cik tom pun camtu even umur cik tom br 24..biasa emak nak tgk yg terbaik utk anaknya :)

HAZWAN17 said...

bestla mak dah bagi green light suroh kawen....

Heidi Shafiq said...

best info ko.. :)

TiMmiE said...

@Cik Tom; mak mmg nak yg terbaik tp si anak xready lg..hrp2 si mak faham :P

@Hazwan17; haip.budak kecik xyah pk bab kawin.enjoy dlu ^^

@heidi; anda gimana? sudah wajib kawinkah? :P