Salam everyone~
Hari ni sangat tak produktif bagi aku. Nak kata bad-hair day, aku baru shampoo je semalam. Aku pakai tudung plak tu. So takde la masalah tak selesa dengan rambut lantas mempengaruhi mood sepanjang hari. Apehal plak kan..
Aku masuk keje pagi tadi, settle mana-mana task yang tergendala semalam..konon-konon aktif jalan ssana jalan sini..tup tup pukul 9.30 dah mengantuk gila. Rasa macam ada batu atas kelopak mata. Asyik nak tertutup je. Rasanya akibat breakfast yang sangat tak sihat pagi tadi.
Roti boom ni memang feveret aku. Sebab tak payah susah-susah nak kena cicah kari ke kuah dal. Roti ni dah siap-sedia manis dengan melting butter bila dimakan panas-panas. fuh! layan~ tapi masalahnya aku pasti roti boom juga sangat tinggi lemak dan kalorinya disebabkan kandungan butter yang melampau-lampau.
Korang tau tak, makanan tinggi lemak akan melalui proses penghadaman yang lebih lambat berbanding biasa. Jadi, lebih banyak darah diperlukan di kawasan perut dan usus untuk membekalkan tenaga yang diperlukan semasa proses tersebut. Kalau dah semua darah pakat-pakat nak lari ke perut, maka kesian la kat otak kan? Die pun nak darah jugak untuk bagi kita ni berfikir. Jadi, otak pun merajuk lantas memutuskan untuk tidur saja lagi bagus.
So, sebab tu aku pun ikut sama merajuk ngan perut dan mengikut cadangan otak untuk tidur..sambil pose ala-ala sleeping beauty...
Sedar tak sedar rupanya 2-3 jam jugak la aku membuta kat ofis. Memang nak kena pelakong betul budak sekor ni.
pengajaran: lepas ni aku nak stick to breakfast with wholemeal bread sahaja. No roti canai. No. No. No. Malam takpe. Sebab malam memang untuk mentidokan diri.
Sekian.
My Random Thoughts
22 hours ago







2 comments:
roti bom kecik jer tapi kenyang
tapi bukan manis ker?
P/S : Kenapa Nama Awak Macam Nama Perempuan?
memang manis. sbb tu suka. tak payah cicah dal. ^^
Post a Comment