CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 17, 2010

Rahsia memikat lawan sejenis

Semalam sambil lepak-lepak kat rumah layan Australia's Next Top Model (kurang best) aku borak la dengan housemate. Yang sorang dok lipat baju ala-ala pompuan melayu terakhir. Sorang lagi dok menaip ape tah kat komputer. Borak punya borak housemate aku ni tetiba termention pasal die tak puas hati dengan seseorang yang badannya sungguh berbau-bauan. Bukan bau yang wangi tau. Kalau wangi boleh tahan lagi. Tapi bau ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Aku tunjuk contoh reaksi jelah. Tengok gambar kat bawah ni.


Ikutkan hati memang die akan buat cam pompuan ni tapi tak baiklah kan..kenalah menjaga hati orang lain. Kita kan orang melayu. penuh adab dan sopan.

Kenapa agaknya badan seseorang boleh berbau yang menyesakkan seluruh deria hidu manusia di sekelilingnya? Silap-silap haribulan boleh menyebabkan kematian akibat terlalu lama menahan nafas. Sape plak nak tanggung jawab kalau camtu? hmm...

Sebenarnya, peluh manusia ni takde bau. Yang busuk-busuk tu adalah gara-gara bakteria yang jahat sangat pergi menjalankan pelbagai aktiviti kat atas badan yang berpeluh. Aktiviti santai ada, lasak ada, ganas ada, melepak, bercanda dan bermesra, aktiviti cuti sekolah lagi..macam-macamlah. Sebab diorang memang suka tempat-tempat lembap dan basah apatah lagi yang berminyak sket macam kat kawasan ketiak dan kemaluan. Yang part berminyak tu macam over sket tapi aku direct translate daripada english magazine. Term sebenar adalah 'sebum'. kira paham-paham la ek. tak paham buka kamus. lalala~

Lagi satu, terdapat juga segolongan manusia yang tak dapat detect bila badan die berbau. Saintis dah buat kajian dan diorang dapat tahu yang deria bau mereka ni tak dapat mengesan beberapa molekul tertentu. Sudah pastilah molekul yang datang dari ketiak masyam mereka sendiri. Sebab tu mereka tak perasan. Jadi tak kisahlah orang tu dikutuk habis-habisan pun di belakang, kalau tak bagitau secara terus-terang, dia mungkin takkan sedar. Kesian dia. Lebih baik cari satu cara yang berhemah agar dia tahu dan cuba berubah. Dia senang, kita pun tenang.

Ya betul, semua orang ada bau badan yang unik untuk diri masing-masing. Yang ni natural odor namanya. Tapi biasanya badan seseorang akan mengeluarkan bau yang lebih kuat daripada biasa disebabkan:

1) masalah kuat peluh (hyperhydrosis)
- Ada sesetengah orang memang jenis kuat berpeluh. Tak panas pun peluh keluar. Dok rilek-rilek lepas mandi pun peluh mengalir lembut bak titis hujan di tepi dahi. Pelik kan? Tapi semua tu bergantung pada genetik setiap individu. Yang penting bagaimana kita mengatasi masalah bau tersebut. Nak tukar genetik memang mustahil la. Ingat ni cerita Caprica ke ape?

Kalau macam ni peluh sebaldi pun takpe. Hmm..are you sure?

Masalah perpeluhan boleh juga terjadi akibat masalah kesihatan seperti penyakit buah pinggang, hati, dan jangkitan kulat.

2) Jantina
- Lelaki berpeluh lebih banyak daripada wanita, jadi of course la lebih banyak lelaki di luar sana yang menyumbang terhadap pencemaran udara. Marah ke? Eh, jangan melenting dulu. Bukan semua macam tu. Ramai juga yang berbau wangi seperti bedak Dashing atau Follow Me (ketinggalan tak aku?) Jantina kita tak boleh ubah, tapi bau badan yang tidak sedap itu boleh diubah.

3) Diet
- makanan seperti bawang putih dan merah, petai, kari, makanan berminyak, kopi, rokok, dan alkohol dipercayai menghasilkan bau badan yang kurang enak. Jadi silalah kurangkan. Tentang merokok, bukan saja badan berbau, mulut pun sama tau. Arggghhhhhhh!!! Sengaja aku spesifik kat rokok sebab aku bengang betul dengan perokok tegar dan tak pedulikan orang sekeliling.

4) Malas mandi
- setiap hari wajib bersihkan diri sekurang-kurangnya sekali. Dan jangan lupa pakai sabun ok. Kalau setakat mandi kerbau memang seperti kerbaulah baunya nanti. Untuk mereka yang mengalami masalah perpeluhan perlu lebih kerap mandi, 2-3 kali sehari.

5) Tidak menjaga kebersihan
- yang ni lebih kurang macam point no.4 di atas. Tapi ada juga manusia-manusia yang mandi setiap hari tapi tak ambil berat tentang kebersihan sepanjang hari. Tak percaya? Contoh ye; yang pakai baju seminggu tak reti-reti nak tukar. Yang pakai stokin busuk dan berkasut dengan kaki lembap. OMG. baunya memang boleh buat aku tolak KFC free depan mata. Walaupun mandi masih berbau. Oh ya, perhatian kepada yang bernama gadis dan wanita, perlu sangat-sangat titik beratkan kebersihan apabila sedang 'bercuti' ok. Pada waktu ini badan lebih banyak berpeluh dan berbau. Rajin-rajin tukar tuala wanita ye. Takut nanti terkena jangkitan, lagi susah. :)

Bagi aku, masalah bau badan ni agak kritikal juga sebenarnya. Tak boleh dipandang enteng sebab walaupun nampak remeh tapi boleh menyebabkan orang lain menjauhkan diri daripada kita. Yelah, sape yang sanggup berborak dekat-dekat sambil sedut bau-bauan yang tak terbendung itu. Nak tahan nafas pun berapa saat sangat. Paling lama adelah dalam 30 saat. Kalau yang boleh tahan seminit tu memang dahsyatlah. Tabik spring. Aku ni nafas pendek.

So, rajin-rajinlah jaga kebersihan diri ok. Mandi setiap hari. Aku mengaku aku pun tak rajin sangat nak mandi tapi setiap hari tu ade la 1-2 kali mengikut kadar kerajinan aku setelah balik keje. hehe. Pakaian yang dah kena peluh tu kalau boleh janganlah dipakai lagi. Selain berbau, bakteria pun banyak. Nak kena sakit kulit plak ke? Dan ucapkan terima kasih kepada siapa jua yang begitu bijak mencipta deodoran. Sangat besar gunanya, terutama bagi mereka yang kuat berpeluh dan bekerja sepanjang hari.

Iklan sepah-sepah: sekarang aku pakai Nivea. Sangat selesa dan tak melekit. ^^

Oh ya, sila pakai deodoran atau perfume selepas mandi sahaja. Memakainya dengan badan yang dah sedia berbau is a big NO-NO. Makin teruk ada.

Lagi satu, jangan biar bulu di ketiak dan di kawasan sulit menjadi panjang berjela-jela macam Rapunzel. oh mentang-mentanglah citer tu tengah hot kat pawagam korang nak buat trend pulak. Ada hadis mengatakan bulu ketiak dan yang sewaktu dengannya tak boleh dibiar panjang melebihi 40 hari, kalau tak nanti syaitan gayut-gayut cam tarzan, sambil menyanyi-nyanyi ngan gilfrennya, Jane. Hikmah tersirat, kalau kita semua ikut sunnah ni maka kita terhindar daripada masalah bau badan.

Ape pun, yang penting kena alert dengan bau badan sendiri. Tengok ekspresi orang sekeliling bila dekat dengan kamu. Muka diorang ade kerut-kerut sket tak? Atau mereka cuba mengekalkan jarak tertentu apabila berbual? Adakah wajah mereka berubah menjadi biru selepas beberapa minit? Oh, itu tanda bahaya. Kamu perlu menghilangkan diri secepat mungkin dan berusaha melakukan sesuatu.

Jangan ego dan tegar dengan bau badan yang 'tengik' itu dengan alasan itulah signature scent kamu yang bakal memikat kaum lawan. Kesianlah pada wanita/lelaki yang bakal menjadi teman hidup kamu kelak. Selepas 3 tahun boleh kena kanser hidung mungkin.

pastikan ketiak kamu wangi hingga boleh diperlakukan sebegini..hehe

4 comments:

my's said...

hyeeoo new friends :)
its really work dear .
jaga ketiak .
ehhh ! salah !
jagalah badan anda .
hihi .

fara said...

dlu pena ade kwn yg tak sedar bdn die berbau slalu.
kitorg ni tak tau nk tego camne.
last2 tahan je la T__T

Anak Wak Mail said...

orang yang berbau badan dia memang xtaw die berbau..hihi..
sian die..

A.D.A.M. said...

Hahaha.. lawak la gmbo last tu.