CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 16, 2010

Sape kata mengangkung tu haram?


Semalam tengok movie lagi. Kali ni citer Ngangkung plak. Aku tekankan kat sini aku tengok mainly because of Shaheizy Sam ok. Sebab ikutkan hati aku berat betul nak menyumbang kepada periuk duit David Teo tu. sorry la eh. Tapi dah semua orang dok canang citer ni best giler aku pun akurlah kepada trend semasa. ewah, trend tu~ Dengar kata filem ni dah berjaya kutip 10k..betul ke tak betul..tapi dengan populariti si Adnan Sempit tu memanglah tak mustahil sama sekali.

Filem ni berkisar tentang 3 orang sahabat baik yang bercita-cita untuk menjadi kaya tapi menggunakan jalan mudah iaitu mengangkung. Ngangkung tu maksudnya memuja untuk mendapatkan nombor ekor. Ish3 haram tu...dan itulah mesej yang cuba disampaikan dalam filem ni bahawa aktiviti mengangkung membawa padah bukan saja kepada empunya diri malah mereka dan keluarga mereka pun turut tak terkecuali. Walau bagaimanapun, ini tak ada kena mengena dengan tajuk di atas sebab mengangkung untuk dapat nombor ekor itu haram, tapi me'Ngangkung' (tengok citer ngangkung) di pawagam itu harus. ekeke.. Apa pun, baguslah aku fikir buat cerita macam ni dalam bentuk komedi. At least lebih mudah menarik penonton dan mudah juga diterima.

Shaheizy Sam, seperti biasa, tak mengecewakan. Malah, tanpa dia aku rasa filem ni susah nak jalan. Cuma aku tak berapa berkenan dengan mimik muka dia yang aku rasa kadang-kadang macam mengganggu konsentrasi sket. Tapi, syabas untuk Sam sebab tak stereotype. Kawan aku cakap Sam perut boroi. Tapi aku suka last scene time Sam pakai baju sleeveless kaler biru. Tangan ketul-ketul ok. haha. mengarut.

Overall, aku berpendapat cerita ni tak berapa kena dengan taste aku. Mesej bagus cuma lawak most of the times macam dibuat-buat dan kurang cerdik. In this case, Aku Tak Bodoh jauh lebih menarik. Jauh jauh jauh lebih menarik. Minta maaf ye David Teo. Tapi Mr. Teo ni memang bijak dalam bisnes sebab die tau apa yang menarik orang ke panggung. Kamu boleh teka sendiri apa atau siapa daya penarik itu. kekeke *hint: telah disebut di atas* :P

Oleh kerana beberapa kali aku termenguap sepanjang tayangan filem ni, jadi aku bagi 3.9 bintang!!! Suka tak? Suka tak? Alang-alang dah 3.9 aku bundar jadi 4 jelah. ^^

7 comments:

fara said...

hehe. smpi termenguap lagik tu ;P

hans said...

4 tu kira tinggi lah tu
hohohoho

nih review teman pasal filem yg ekau tanya tu

http://hanspunyablog.blogspot.com/2010/12/review-filem-aku-tak-bodoh-memang-tak.html

AISHA INANI said...

shahizy sam mmg world!
eh kalo dia nak aku jadik skandal pon aku sanggup! wakaka.

Redbloodsnow said...

Lom lg zie tgk citer nih..huhu

TiMmiE said...

fara: menguap sbb bru lps mkn nasi :P

hans: tinggi eh 4? sila salahkan encik sam.

aisha: wah~ skandal tu menarik.jaga2 die tu perfectionist. ^^

Redbloodsnow: filem ni so-so..tengok boleh tak tengok pun boleh. tggu kuar cd @ donlod saje. :P

iShLiBeTiSh said...

g tgk hantu mak limah balik rumah plak!!! best gilerrrr....! ;)

- zuriey - said...

leh la tahan..lawak jela