CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 27, 2010

Untuk Lah Tiger. rawr~!

Aku ada seorang adik lelaki yang sangat baik hati. Dia rajin membantu Ummi buat kerja rumah contohnya membasuh kain, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan halaman rumah, menghidang makanan, dan lain-lain lagi. Adik ini sangat suka kucing. Kucing kesayangan dia bernama 'Ayang' yang sangat gemok dan malas seperti Garfield. Ya, Ayang adalah Garfield Malaysia. Kaler oren belang-belang, jantan, dan tak suka bergerak. Adik lelaki aku ni dulu belajar di SBP Integrasi Sabak Bernam, Selangor selama setahun, dan kemudian berpindah ke SMK Dato' Haji Hussein, Selama, Perak sebab sekolah dulu tu jauh sangat dan susah dapat bas. Kesian dia nak ulang-alik setiap bulan. Aku dah bagitau nama adik bertuah aku ni ke? Belum eh? Nama dia Abdullah. Simple je kan tapi penuh makna. Dah pendek macamtu pun aku panggil die Lah, kasi pendek lagi. haha. Hobi budak ini ialah bermain bola sepak. Terer oo die main bola sampai kawan dia panggil dia Lah Tiger. Aku ingat kalau diberi peluang asah bakat dia tu memang boleh bagi Malaysia Piala Suzuki 5 tahun berturut-turut. So, Sultan Pahang, sila ingat muka adik aku ni ok. kekeke. Abdullah juga sangat suka mata pelajaran Bahasa Arab. Oleh sebab itu dia berjaya mencapai impiannya untuk mendapat A dalam subjek tersebut pada PMR yang lepas.
.
.
.
.

Karangan pendek di atas sebenarnya ditujukan ikhlas untuk adik kesayangan aku, Abdullah, sempena kejayaannya dalam PMR yang baru diumumkan keputusannya minggu lepas. Abdullah dapat 7A 1B 1C. Alhamdulillah~ Hebat jugak budak ni. Dia bukan ulat buku pun. Kalau study pun balik-balik B. Arab, balik-balik B. Arab. Kalau buka buku subjek lain, kompem ke laut la jawabnya. Kadang-kadang mungkin juga dia bergembira di alam kayangan. Itu kena tanya dia sendiri untuk kepastian. Yang B tu sejarah. Ala, normal la tu. Aku dulu pun SPM sejarah dapat B3 je. Tu pun setelah study berhempas pulas. eceh. Yang C tu pulak Kemahiran Hidup Bersepadu sebab adik aku ni lemah betul bab akaun. Lebih malang lagi dapat kakak yang asyik tiru buku lejer kawan kat sekolah dulu pastu tak pernah miss dapat pesanan ikhlas dengan pen dakwat merah bertulis 'Buat semula!' atau 'Jumpa saya!'. Maka sama-samalah kami ke laut. Jadi, aku respek gila kat adik aku ni sebab berjaya membuktikan bahawa mempunyai kakak yang ke laut tidak menghalang seseorang untuk mendapat result yang umpama pelangi berwarna warni baca: flying colors. Tahniah, Abdullah! Kamu memang hebat!

Untuk kamu wahai adikku, kakakmu ini sudah membeli hadiah berupa jam tangan berharga ringgit malaysia tujohploh hengget tunai (tak tahan mention harga macam la mahal sangat). Dan jam tangan itu sudah kubeli hampir setahun lepas konon-konon untuk birthday kamu tapi tak terbagi bagi lagi sampai ke hari ini sebab kat jam tu ada banyak sangat butang. Complicated pulak nak setting. Nanti kalau aku bagi malulah kalau Abdullah tanya butang ni untuk apa pastu aku terkial-kial membelek. Plan nak tanya tuan kedai tu balik tapi sampai sekarang tak tertanya tanya lagi. Apa punya hampeh da kakakmu ini. Sila bersabar wahai adikku.

Camni la lebih kurang rupa jam tu ye, Abdullah. Gambar sebenar tak leh reveal kat sini. hehe

Jam tu dah distopkan untuk menjimatkan bateri. Bijak jugak aku ni. gagaga. Jangan risau adikku yang macho, sooner or later jam ini pasti akan bergaya di tangan kamu.

Sekian.


Yang sayang banget sama kamu,

Kak Long ;)

7 comments:

muhammad-comei said...

Kak long!!!
Amad pun nk jam tangan ..
plez buy me one...

TiMmiE said...

haha..tggu i dpt gaji..but then, amad da g asrama cne nk bg? miahahaha

syrupmasin said...

wahh..akak yg baek..

Ummi Izzah said...

kakak yg baik....
adik yg bijak juga...

akmafaizal said...

tahniah utk adik awak... cayalah..

TiMmiE said...

@syrupmasin & Ummi Izzah;
thanx! mau jd lebih baik in future~ ^^

@akmafaizal; tQ~ ^^

Ogy said...

bestnyaa ade kaklong mcm ni... :)
tumpang tahniah utk adik tu...