"Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you."
Far Faraway tag aku mende alah ni hampir 2 bulan lepas. Selang satu hari aku tulis satu point. Sebab tu lambat post.
-------------------------------------------------------------------
1. Tanah tumpah darahku di Pahang, sekolah asrama sejak darjah 1 smpai darjah 4 kat Shah Alam, rumah kat Perak, sekolah menengah kat Kedah, degree 4 tahun kat Kuantan, Pahang. Bagus rasanya dapat pulang ke negeri kelahiran semula.
2. 10 beradik, aku sulung. whoah! ramainya~ kan? kan? best hape ramai adik. nak main bola tak payah cari orang lain buat team.
3. Dari kecik cita-cita nak jadi scientist sebab tengok citer Honey, I Shrunk The Kids. Masuk U tukar nak jadi doktor tapi pemalas. Sekarang nak jadi saintis balik.
4. Pakai jam tangan kanan. Kiri pakai gelang (apa saja kecuali emas sebab takut hilang). Pakai sampai putus baru tukar yang baru. Konon-konon gelang tu identiti la.
5. Suka tengok cerita lawak sengal esp. apa-apa cerita yang ada afdlin shauki. Latest, aku layan Oh Yeah! kat astro warna. serius keras perut aku gelak.
6. Suka segala jenis kekacang kecuali kacang hijau (yang orang buat bubur tu) dan kacang gajus.
7. Sayur feveret adalah kacang buncis dan kacang panjang fresh. Tomato pun.
8. Bila bengang, aku monolog dan membebel kat diri sendiri dalam bahasa inggeris. Tak tau kenapa otomatik dia jadi sendiri. Tapi sampai sekarang tak fluent english pun. Heh.
9. Laptop aku yang berumur 5 tahun sudah hancus sebab aku attempt nak repair sendiri. Bulan depan nak balik rumah amik recovery cd tengok boleh bagi elok balik tak. Sabo jela
10. Hilang selera kalau dengar orang makan berbunyi..bukan bunyi rangup bila makan keropok. tu normal..ni bunyi cap cap cap macamtu..adab makan kena jaga..
11. Impian nak pegi mana-mana negara yang ada salji. Takat Sunway Pyramid ke I-city tu tak cukup real. Take me to korea! korea! korea! (sengal. g la beli tiket fly terus habis citer)
12. Release stress dengan berjalan sorang-sorang seharian ikut suka kaki. Habis shopping complex, taman tasik, pasar malam, panggung wayang, kbox semua aku redah. Berjalan saja, shopping tak.
13. Sangat health-conscious bila bab makan. Kecuali cheesy wedges KFC. Yang tu tak masuk senarai makanan perlu dijauhi.
14. Paling geng ngan adik bongsu umur 11 tahun. Kamceng gila. Mak aku kekadang kompius aku anak nombor berapa sebenarnya.
15. Tak suka Orlando Bloom (tetibe). Apsal ramai sangat perempuan gilakan dia? Sebab dia Legolaskah?
16. Favourite magazine: Cleo.
17. Anak Ummi. Akan buat apa saja yang mak aku suruh asalkan dia hepi. Kecuali disuruh kawin. Omma~ aku muda lagi~ :P
18. Coklat pilihan biasanya ada hazelnut. Second choice almond.
19. Rajin mengemas tapi sangat bersepah bila dapat bilik yang tak payah kongsi ngan orang lain. Contoh, hostel masa kat U.
20. Pantang tok-nenek kalau orang guna barang pastu tak reti letak balik kat tempat asal.
21. Semalam aku layan citer Adventure of Superman yang Dean Cain berlakon (cam tau-tau je Astro nih)..dan aku jatuh cinta semula *blushing*
22. Senang ngam ngan manusia-manusia berbintang virgo. Most of my bestfriends are Virgo persons. Langsung tak dirancang. Sebab selalu sangat kebetulan baru aku perasan mende ni.
23. Benci cicak. arggggghhhhhh!!!!! Semoga mereka cepat pupus.
24. Sila jangan cakap 'no' dengan menggunakan isyarat jari telunjuk bergoyang-goyang kiri dan kanan depan aku. Sebab aku boleh jadi prejudis terhadap kamu in an instant.
25. Aku harap segala yang bahagia dan gembira sahaja bermula tahun 2011 onwards untuk Ummi, adik-adik, diri aku sendiri, family, kawan-kawan, dan semua yang aku sayang. Semoga kita semua selalu bersyukur.. saranghae yeorobun~ ^^
-------------------------------------------------------------------
Fuh~ abes gak akhirnya. Bukan senang rupanya nak tulis fakta pasal diri sendiri. Sebab tu ramai yang suka jaga tepi kain orang. Senang sket la kot. gagaga..Tapi...25 ni tak sikit sangat ke? Cukup ke? Betul cukup? Kalau cenggitu aku berenti setakat ni jelah ye. Kang ada yang menderita pendarahan otak baca list pasal aku yang takde kepentingan untuk SPM mahu pun UPSR akan datang. Baik baca buku sejarah lagi bermakna~ tak gitu adik-adik~? (edisi memerli para bloggers-yang-masih-di-bangku-sekolah-tapi-tak-reti-reti-nak-mengadap-buku-walaupun-sekolah-dah-buka) :PMalas nak tag sorang-sorang so aku tag Far Faraway dan sesiapa juga yang terbaca entri ini ok? Sila ceritakan 25 perkara menarik tentang diri anda. Aku suka benda macamni sebenarnya. Ala-ala fun facts gitu walaupun cerita pasal aku tak berapa nak fun. ngahahaha




1 comments:
hehehe..nice pe pasal TiMmiE..
oh yeah!! mmg klaka giler.. Cik Mimie pun suka lyn citer ni..huhu
Post a Comment