CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 28, 2011

5 binatang yang paling susah mati/dibunuh

Bengang nyamuk dok berdesing kat tepi telinga tapi bila nak bunuh dia asyik kebas tangan menepuk dinding je? Nyamuk masih terbang dengan hepinya. Senang saja, gunalah Ridsect. Komfem kiok terus nyamuk yang berlagak hero itu. haha

Ada lagi binatang lain yang lebih sukar dibunuh berbanding nyamuk. So, tak payah nak sakit hati bagi je dia hisap darah kamu sikit. Ala setitik je pun nak berkira ke..(tetibe intro pasal nyamuk). Saksikan top 5 binatang yang kalau korang cuba bunuh mungkin korang yang akan mati terbunuh sebab tertekan tak dapat membunuh. heh. tak payah layan aku mengarut. jom tengok siapakah mereka-mereka yang terhebat itu?


5. Giant African Land Snail (Siput babi gergasi Afrika)

Hamek ko penuh tapak tangan beta tadahkan. muahaha. tapi tu tapak tangan orang lain bukan tangan aku. Saiz dia boleh mencapai 8 inci panjang. Siput babi ni biasa dijadikan binatang peliharaan (pet) oleh orang-orang Barat sebagai diorang rasa ini 'Amazing!' padahal kat Malaysia ia adalah tahap gaban punya menggelikan. Masyarakat Afrika Timur sudah mencuba pelbagai cara untuk membunuh siput babi ni, seperti membakar dan racun tetapi masih tidak berhasil. Apasal diorang tak try tabur garam? Aku selalu tengok atok aku buat camtu bila dia bengang siput babi asyik rosakkan pokok dia tanam.


4. Water bears


Water bears adalah binatang air berkaki enam yang mikroskopik dan sangat susah dibunuh malah tidak boleh dibekukan. Makhluk ni boleh bertahan pada suhu ekstrim sehingga -273 darjah celcius dan boleh hidup lebih sedekad tanpa air. Malahan bom nuklear pun tidak mampu mengapa-apakan benda alah ni. Ia boleh berubah ke bentuk kering dan semasa dibentuk ini ia kebal terhadap radiasi. Binatang ini juga kebal terhadap nitrogen cair dan mineral (inorganic) acid.

3. Tree weta


Binatang yang sesungguhnya sangat menyeramkan. Dah la besar gedabak tu ha. Darah Tree Weta mengandungi protein istimewa yang menghalang air dan sel-sel dalam badannya daripada membeku. Maknanya walaupun Tree Weta dibekukan sekalipun, darah dibadannya masih mengalir dan berfungsi seperti biasa. Ketika beku, otak dan hati Tree Weta tidak berfungsi, namun ia akan kembali aktif selepas ia cair. Dengan kata lain, binatang ni boleh kelihatan seperti telah mati tetapi kemudiannya hidup semula..macam zombi kampung pisang! Takut tak?


2. Lungfish

Dikenali juga sebagai Salamander fish. Tak taulah dalam bahasa melayu panggil apa. Ikan paru-paru kot. Lungfish adalah ikan air tawar yang boleh hidup tanpa air selama 6 bulan sebab dia kan ada paru-paru. nak heran apa takde air. kekeke. Ikan ni jugak antara binatang yang sangatlah panjang umurnya. Queensland lungfish yang disimpan di sebuah akuarium di Chicago sejak 1933 masih hidup hingga kini! Fuh. kalau macamtu mesti dah berjanggut putih sampai ke lutut (soalan: adakah ikan mempunyai lutut?)


1. Immortal jellyfish


Immortal adalah lagu nyanyian Evanscence. haha. ok ok. tu immortal lain. aku nak main-main pun tengok la sape yang baca blog kan. semua cerdik pandai belaka. Ya betu.l Immortal bermakna abadi dan tak mati. Walaupun mana ada benda yang abadi selain Allah yang Maha Esa lagi Maha Kekal, tapi obor-obor telah ditemui oleh saintis sebagai hampir tidak mungkin mati. Macam mana plak tu?


Jellyfish lahir dan membesar seperti biasa, namun hidupnya tiada pengakhiran sebab ia akan kembali ke bentuk polyp (bayi obor-obor) dan hidupnya akan bermula semula dari awal! Yang lama tak mati-mati, yang baru pulak lahir, maka dunia sekarang sebenarnya sedang diserang secara senyap oleh makhluk bernama obor-obor. Gerun ok. Obor-obor boleh membunuh walaupun namanya sangat mesra disebut dan didengar namun jangan jadi gila nak pegi makan binatang ini. Tak tahulah kalau tumpahan minyak kat laut tu boleh membunuh spesis berbahaya ni. hmm..

Aku rasa kalau tembak ke bom binatang-binatang kat atas ni boleh je mati. Kan?
.
.
.
.
Allah Maha Hebat. Bukalah mata lihat ciptaanNya...dan buka hati hayati kekuasaanNya, cari hikmahnya. :)

Maklumat diterima dari emel seorang kawan.
Gambar ihsan Encik Google.

7 comments:

Mr. TN_SkY said...

Hee..nice info..neway baru terperasan sumthing..mungkin manusia belum discovered sumthing yg boleh mmbunuh binatang nie..tapi jika kita perasan, setiap haiwan nie, akan kembali "baharu" jika da samapi pada satu tahap..jadi itu tidak abadi :-) unless dye kekalkan bentuknya, sifatnya tanpa berubah walau stu inci pun..hehe..wallahualam..nice info timmie ! :-)

JELAS SAHABAT BUKAN SEBARANG SAHABAT, SAYANG SEMUA

A.D.A.M. said...

obor2 nmpk comel, tp bahaya. -.-

tehr said...

besarnya siput babi tu
habis la bunga2 aku kat laman
hehe

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

jom join colourful contest saya..klik link ini

z.u.n.a.i.d.a said...

wahh..kemain besau2 g minatang tu..eee ada yg geli gak bila nengok! huhuhuhuhu

Azlina said...

Hello, I'm Azlina. Below is the link connected to my research survey on Malaysian Bloggers. I really appreciate if you can participate in it. Thanks.
http://www.kwiksurveys.com/online-survey.php?surveyID=IJNOIM_a20d967d

Azlina
scorpluto35@yahoo.com

p/s: please delete this post after you are done with it. thanks.

allia farhana said...

bagus2..dapat tmbhkan pengetahuan..
tree weta tu adik beradik cengkerik ke?hihi