CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 11, 2011

AJL 25: yang cantik dan yang jelik

*Entri berikut telah lewat lebih satu hari akibat masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Harap maklum. Walaupun dah basi layankan ajelah ye.peace~


Tipikal. Sebab aku nak tulis tentang Juara Lagu 25 yang berlangsung malam Isnin yang lepas. Tolong ingatkan aku bahawa Ana Raffali yang menang sebab aku terkejut gila. Dan aku serius tak boleh terima kenyataan. Semua jangkaan aku meleset. Maksud aku lagu Ana tu memang sedap tapi yang lain pun sedap jugak. Jadi, mengapakah? Housemate aku cakap sebab lagu macamtu taste M. Nasir. hehe..pandai je..

Apa pun, tahniah kepada semua pemenang; Tolong Ingatkan Aku, Drama King, dan Noktah Cinta. Fuh. RM35K itu sungguh besar nilainya ok. Benarlah tuah ayam nampak di kaki, tuah Ana Raffali tak nampak di kaki. Itulah beza ayam dan Ana Raffali. Sungguh berbeza sekali.

Bieber Malaysia

Faizal Tahir, kamu sesungguhnya seorang genius kerana aksi melepaskan diri dalam akuarium gergasi semalam. ‘Hanyut’ salah satu lagu feveret aku selain ‘Kebahagiaan dalam perpisahan’ dan ‘Ku Ada Kamu’. Sedih aku satu pun tak menang. Tapi puas hati gila tengok Faizal perform. Buat seketika, aku terima FT sebagai superman. Sebab gimik itu sememangnya genius dan tak perlu drama meleret-leret dan sukar difahami. HEBAT!

Shahir…again…stole my heart. ececeh. Kamu sangat hensem berpakaian serba putih. Cuma perempuan yang bersajak tu agak menyemak dan kelihatan sangat tidak perlu. Dan kenapa kamu nampak pucat, dear? Sedih tengok kamu macam tak bermaya (sebok cakap kamu kamu ni berangan konon shahir tengah bercakap ngan aku). Shahir, bertabah ok. Semua orang doakan kamu.

Ya Allah, tolonglah sembuhkan Shahir dari penyakitnya. Ameen…

Persembahan selingan sebelum pengumuman keputusan akhir pun tak kurang hebatnya. Sharifah Aini boleh tahan sebab aku tak hidup zaman dia so performance dia so-so saja. Ziana Zain adalah one-of-a-kind. Dia berada di liga sendiri, kelas sendiri, dan tiada tandingan. Hebat. Siti Nurhaliza, dengan hour-glass figure dan tudung yang totally dah tak wujud, still wow me with her amazing voice. Itu sebabnya aku tak pernah boleh berpaling telinga dari Siti. Cakaplah apa pun pasal Siti aku tetap download lagu dia dan letak dalam mp3. Suara macam bidadari. She’s simply the best dalam Billboard Malaysian Top 3 aku. Sayang sebab dia cuma nyanyi lagu tradisional je semalam. Aku tunggu kot kot ada Aku Cinta Padamu ke..Jerat Percintaan ke..layan sket.

Dulu cita-cita aku nak kawin ngan Siti. gila kan? hakhak

All in all, AJL25 sangat menarik kerana membariskan calon-calon hebat dan diminati ramai. Tapi aku bagi 3 setengah bintang (sengal yang ni pun nak bagi rating) sebab jangkaan aku satu pun tak mengena. Kalau main loteri ni komfem aku bangkrup terus. Tapi jangan main loteri la. Haram. Pengacara macam tak happening sangat, awal-awal banyak buat lawak yang aku tak rasa nak gelak malah macam nak bisukan tv sekejap ada. Dan dua dress yang Cheryl pakai sangat fail. Tak cantik langsung. Sape la yang create her look malam tu. Blusher kat pipi dia nampak macam lebam. Kesian Cheryl tau.

Oh ya, psst..Shahir, kamu pemenang yang aku pilih secara personal. Nah 35ribu pergi kongsi dengan Faizal Tahir ok? Untuk lagu Hanyut saja, Selamat Malam tak boleh. Tapi dalam mimpi je tau. Dalam dunia sebenar gaji aku dua tahun pun belum tentu boleh cover duit tu. Hehe

0 comments: