hari ni 3 haribulan 1 tahun 2011..omo! dah sebelas tahun selepas millenium! cepatnya masa berlalu. aku pun dah makin berusia ni (berusia ok. bukan tua). Scha al-yahya yang tua 2 tahun je dari aku tu pun dah g korea. aku bila nak boleh jejak kaki kat sana ni~? Kena jadi pelakon dulu ke baru boleh g sana? huu..(sengal. baik g buat umrah ke haji lagi berkat).
Tahun baru selalu orang buat apa ek? New year's resolution? hmm...aku punya resolution lebih kurang sama je dengan 2010 sebab banyak jugak yang tak settle tahun lepas. teruk kan? Takpe yang penting jangan berhenti separuh jalan. Teruskan azam dan usah pasti berjaya *buat muka penuh keyakinan*
Ci TiMMie, berikut adalah perkara yang mesti diselesaikan tahun ini. W-A-J-I-B-!
- Amik test JPJ.. Tangguh-tangguh kang tak pasal-pasal luput tarikh lesen D aku (yang masih berstatus L harap maklum)
- Sambung Master kat tempat yang sejuk dan ada salji
- Jadi anak yang lebih baik dan lebih solehah (ameen)
- Menjadi kaya atas usaha sendiri..tak sabar dah ni ~($_$)~
- Pakai braces..Gigi tak sama cepat rosak.
- Bawa family makan angin dan yang bukan angin pun makan jugak
- Vacation in Korea...oh plis~ plis make this come true~ *muka mengharap*
selingan:
menci oh kat scha tu selagi dia dok shooting kat korea. dah balik malaysia baru suka balik :P
menci oh kat scha tu selagi dia dok shooting kat korea. dah balik malaysia baru suka balik :P
- Beli laptop baru
Sebab apa laptop baru?
Sebab laptop Acer Aspire 3640 (antik kan?) yang aku beli masa mula-mula masuk U dulu sudah pun menghembuskan nafas terakhirnya pada hari khamis lepas. Ngam-ngam je time Malaysia menang Piala Suzuki 2010 dia pun terus terpengsan sebab terkejut sangat berbaur gembira melampaui batas. Aku sebagai doktor bedah tak bertauliah pun tak dapat selamatkan dia. Maka pergilah Acer yang kusayang setelah 5 tahun berbudi-bahasa denganku. Banyak jasa dia woo.. Sampai retak patah sana sini pun masih bantu aku siapkan assignment dan tesis serta menjadi teman setia tika aku menjalankan pelbagai jenis aktiviti tak berfaedah di waktu lapang dan tidak lapang.
Laptop ni spesel sebab die buat perangai macam dia tu desktop. Lupa diri sket pun ada jugak. Screen dia kena sandar kat dinding kalau tak nanti dia pun baring dengan selambanya (sebenarnya hinge suda rosak.ngahaha). Maka jadilah dia macam desktop tak gerak-gerak dok setempat je senang. Pastu nak on kena guna kunci jolok-jolok sket sebab button 'START' pun dah tercabut. Kadang-kadang aku guna lidi kat bunga telur yang dapat kat kenduri kawin sesape. Bateri tahan dalam 5 minit je pastu padam so aku plug-in je sepanjang masa. Casing tak payah cakaplah. Beg sekolah adik comot aku yang darjah 5 tu lagi cantik. Online kat hot spot? hehe..boleh berangan saje~ Rugi bisnes McD satu hari kalau aku online kat situ. Dah customer sume saket perut dok gelakkan laptop aku cane kan?
Fikir fikir balik rasanya laptop aku boleh menang anugerah 'Objek Paling Antik' di seantero universiti. Tu pun dia tak pernah merajuk. Kami hidup bahagia sampai ke hujung hayat dia. Sedihnya hati nak lepaskan si Acer ni....
Nanti nak beli Dell plaklah. muahaha. Kejam punya tuan.
Laptop baru tu sepatutnya perkara pertama aku kena buat tahun ni tapi terpaksa ditangguhkan atas sebab akaun bank yang ringan macam kapas (maknanya takde isi la..hohoho). Gaji bulan ni dah reserved untuk buat passport dan visa. Maka, marilah kita melantak megi lagi di awal tahun yang berbahagia ini. Sedih ke? Aku tak sedih pun. Hepi lagi ada. Harap-harap plan aku nak sambung Master februari ni berjalan lancar. Ameen~ Korang doa-doakan la tau. gumawo~
Apsal cerita laptop melebihi kisah cemburu dan irihati terhadap scha al yahya ni? Tak pelik bin tak ajaib. Sebab aku lapar. huahahaha.. Dah. Nak breakfast ngan nasi lemak yang dibeli 2 jam yang lalu. Sejuk dah kena air-cond. Tadi simpan dulu sebab malas nak g toilet in case sakit perut plak lepas makan. Toilet dah la jauh. 2 minit perjalanan.








4 comments:
hehe scha gi korea je kot. bukan dapat korea hehe
dah nak sambung master. syoknye. good luck :)
hehe..macam2...
smoga tercapai semuanye lah ye..
tu la pasal..elly mazlin pon ade pegi korea gak..
da la shooting kat tmpt yg cntik betol..adus..
@EmanCloud
namun begitu, aku tetap jeles.
@nadzirah
tQ~ ^^
@allia farhana
betul2 langkah kanan betul artis2 comel nih
tQ for the wish ^^
Post a Comment