Tetiba aku terfikir nak tulis satu entri pasal my crush (actually, crushes) daripada aku kecik umur setahun jagung sampai la da dekat suku abad ni..gagaga..apsal aku rasa ayat tu macam indirectly cakap aku tak begitu muda lagi..
Aku ni kuat tengok tv. Rasanya mak aku dulu time pregnantkan aku dia suka melangut depan tv jugak kot. So, mostly my crushes are actors. Agung tak? Tak main la manusia-manusia biasa ni. muahaha
Now prepare your heart for the list of
The Sexiest Men Alive~!.....TiMMie's version.
note: turutan nombor merujuk kepada kronologi sejak aku di zaman kanak-kanak hinggalah muda remaja (remaja la sangat)
The Sexiest Men Alive~!.....TiMMie's version.
note: turutan nombor merujuk kepada kronologi sejak aku di zaman kanak-kanak hinggalah muda remaja (remaja la sangat)
1. Tetsuo Kurata a.k.a Kotaro Minami
Sape lahir tahun 1980-an mesti kenal sangat ngan mamat kat atas ni kan? Takde la hensem pun tapi Suria Baja Hitam (sampai sekarang aku tak paham kenapa nama dia camni) kira macam siri paling the bomb la time aku kecik-kecik. Dengan mata lalatnya, motor besar lagi. Gaban pun tak best cam dia. Sape tak tengok time tu memang loser. haha. sukati aku cakap orang loser.
2. Anil Kapoor
Dulu mak ngan atok aku suka tengok citer hindustan. Aku pun layan sekali la jawabnya. Anil Kapoor ni pun tak hensem sangat tapi aku tak miss citer yang ada dia sebab muka dia seiras ngan classmate yang aku crush dari darjah 4 sampai darjah 6. Bila aku belek-belek balik rasa nak tergelak pun ada. apekehal muka budak 10 tahun aku nampak sama cam bapak budak nih? Tapi sekarang aku minat dia lagi sebab he's a genius. Makin berumur makin hebat. I mean si Anil, bukan budak yang aku crush tu. Yang tu dah lupa lama dah.
3. Aamir Khan
Sape lahir tahun 1980-an mesti kenal sangat ngan mamat kat atas ni kan? Takde la hensem pun tapi Suria Baja Hitam (sampai sekarang aku tak paham kenapa nama dia camni) kira macam siri paling the bomb la time aku kecik-kecik. Dengan mata lalatnya, motor besar lagi. Gaban pun tak best cam dia. Sape tak tengok time tu memang loser. haha. sukati aku cakap orang loser.2. Anil Kapoor
Dulu mak ngan atok aku suka tengok citer hindustan. Aku pun layan sekali la jawabnya. Anil Kapoor ni pun tak hensem sangat tapi aku tak miss citer yang ada dia sebab muka dia seiras ngan classmate yang aku crush dari darjah 4 sampai darjah 6. Bila aku belek-belek balik rasa nak tergelak pun ada. apekehal muka budak 10 tahun aku nampak sama cam bapak budak nih? Tapi sekarang aku minat dia lagi sebab he's a genius. Makin berumur makin hebat. I mean si Anil, bukan budak yang aku crush tu. Yang tu dah lupa lama dah.3. Aamir Khan
Ni satu lagi mamat hindustan yang aku suka gila zaman suka main masak-masak dulu. Rumah atok aku dua tingkat, tv kat tingkat atas. So, bila dekat-dekat nak start Panggung Sabtu (dulu ade ke panggung sabtu? tak ingat) tugas aku adalah membuat pengumuman menggunakan vokal senyaring mungkin so that seisi rumah tak miss citer tu. Biasanya aku jerit camni,"Ummi~! Atok~! Citer industan da ustad~ Hero muka mempelam~". Ustad tu maknanya 'start'. Maklumlah pelat. Aku tak tau nama dia Aamir Khan, instead, aku panggil hero muka mempelam sebab muka dia memang ada sikit-sikit macam mempelam. hmm.. Ni pun makin tua makin look good. hehe4. Kim Rossi Stuart a.k.a. Romualdo
The Cave of the Golden Rose. Ingat tak citer ni? Ala yang ada Fantaghiro ngan Tarabas tu... Pompuan komfem ingat kalau aku sebut Tarabas. well, itu sangat common. Aku malas nak berebut. Romualdo ni lagi hensem. Gara-gara citer ni aku tak bercakap ngan Ummi hampir beberapa jam (ceh.nak merajuk tak reti) sebab Ummi tutup tv time aku tengah sedap melayan citer best yang aku tunggu berminggu lamanya. Cerita ni panjang so dia divide 6 episod kalau tak silap. Aku tengah tengok episod 3 tetiba sentap sebab Ummi marah asyik melangut depan tv. Aku mogok tak nak makan pastu tulis 'The Cave of Golden Roses' banyak-banyak kali dalam buku nota kecik. Konon-konon nak ingatkan diri sendiri nanti dah besar nak g beli cd cerita ni. Nak beli masa kecik takde duit. Hancur hati aku time tu Tuhan saja yang tahu.5. Dean Cain a.k.a Clark Kent
Whoa! Mr. Superman is my favourite hero~ lama sungguh aku minat kat cik abang ni. Sampai aku declare sendiri bahawa dia adalah my boyfriend. siap lorek nama dia belakang pintu bilik lagi. aku tulis 'I love Superman'. muahaha. psycho pun ada kengkadang aku ni.. Takde superman lain yang boleh ganti tempat Dean Cain. Serius. Dia ada aura tersendiri. Even masa dia jadi hos Ripley's Believe It or Not pun aku still nampak dia macam superman *berangan tengah terbang berdua macam lois lane*. Tapi the way i see it now, superman nampak sangat gay ok dengan suit biru merah kuning tu. Kamu datang dari Malaysia ke apa? Dah la spenda kat luar. O.M.G (gedik nak jugak sebut yang ni)6. Tom Cruise
Jerry Maguire memang made for him. Once, he defined a perfect man to me. Mata gorgeous, bibir gorgeous, gigi gorgeous, body gorgeous, jawline gorgeous, rambut gorgeous, hidung tak berapa gorgeous sangat la. hehe..dan dia akan sangat perfect kalau dia tinggi skeeeeeet je lagi. Tapi, sekarang dah kurang minat sebab dia bertambah weird. What scientology? complicated rupanya mamat sorang ni..7. Leonardo di Caprio
Si comel yang hensem at the same time. Plus he looks intelligent. Tempting kan? Boleh drive woman crazy (gila ke apa aku cakap macam ni. imej tu imej. kena maintain bersih). Woman tu maksudnya bukan aku sorang. haih. Of course korang boleh teka masa bila aku start crush ngan encik di caprio ini. Yes. Tepat sekali. Tak lain dan tak bukan lepas aku menonton the second highest-grossing film after Avatar iaitu Titanic~ Hebat tak hebat penangan filem ni atau lebih tepat lagi penangan mamat ni dan pasangan dia Kate Winslet sampai duit belanja makan sebulan aku habis beli segala sticker la pemadam la kad la dan macam-macam lagi barangan Titanic. Dulu kan internet tak maju lagi. Kalau tak aku download je gambar banyak-banyak pastu print pastu tampal kat pensel box ngan file. Sekarang aku lagi respect kat dia sebab filem dia bukan calang-calang. Semua kena tengok dengan akal fikiran yang berkualiti tinggi ok. Setakat cintan-cintun kasi kat Robert Pattison jelah.8. Dennis O'neil @ Oh

Tadi aku cakap takde orang boleh ganti Dean Cain sebagai superman kan? Well, actually ada sorang yang aku suka kalau dia ganti iaitu Mr. Dennis Oh. Dia ini memang kegilaan. Everything about him seems perfect. Sape la agaknya mak bapak dia. Boleh aku jumpa nak kenal-kenal sebelum jadi mertua nanti. muahaha. Cuma satu je yang buat dia kurang layak untuk jadi superman kat tv. Dia sangat mengecewakan sebagai seorang pelakon. huwaaaaa~! Tahan diri tahan mata tahan perasaan jelah tengok die berlakon walaupun sangat hopeless sebab dia hensem sangat. Patut la asyik dapat watak pembantu je..kuikuikui..
9. Hugh Jackman
Wolverine!!!!!!This is truly my all-time favourite. Kalau korang tanya aku soalan macam 'Who you want to take for a date?' atau 'Who is your ideal man?' atau ' Who do you want to spend a day with?', i will definitely pick this man. Without any doubt. Masalahnya manusia mana yang nak buang masa tanya aku soalan mengarut camtu.heh..
Ini crush yang aku rasa takkan berakhir sampai bila-bila. He can beat my Superman ok. Superman aku tengok kat tv je. Tu pun tak de ulang-ulang. Tapi X-men dan Wolverine dah tak terkira berapa belas kali (belum puluh lagi) aku dok paksa cd player tu mainkan. Dah la cd pirated. Aku tak tau cane nak explain apa special sangat Mr. Wolverine ni sampai aku decide untuk break-up dengan semua jejaka-jejaka hot di atas (kecuali dennis oh. yang tu aku buat simpanan). He is CHARMING. Sebab tu aku tak puas hati Ryan Renolds jadi The Sexiest Man Alive 2010. Hey, it used to be my Jackman's ok *muka marah campur gedix*
Sudah habis~
Dok korek-korek lagi ni cari apa?
David Beckham? Oh he's not really my type.
Brad Pitt? He looks good in a suit but never had a crush on him before. Still, he's an eye candy and a good daddy. Lucky Angie~
Johny Depp? pun sama jugak. Maybe because he's too skinny dan aku kurang minat dengan street-style dia.
Zac Efron? hehe...suka jugak..lupa nak letak kat atas tadi. :P




17 comments:
omaigod
aku gile ngan crite the caves of golden roses tu dulu!!!
ade 2 season kan? minat gile!
kamen rider!!!!!!!!
oit fitrihadi tak masuk list ke?? hehehe
@Myaby
aah..satu season 3 episod klu xsilap..kte kecik2 xdpt tengok smpai abis da besar ni baru qadha balik :P
@EmanCloud
ya!!!!!
@fitrihadi
kamu sexy ke? :P
kenapa i xde dalam ur list? hahhahahha...
blogwalking sini
love dean cain n romuldo!!but lagi suke tarabas hihi
ak ske dennis!!kacaaak!!wuhuu http://www.geekintherainbow.blogspot.com/
suka no9! hehe :P
hahahahha
aku suka ramuldo
hohoho
the cave of the golden rose
P/S : Belia Benci Kuliah Minggu Pertama!
satria baja hitam....
ahahaha..wah2..sume popula2 tuu..neway mmpu ke jge 10 orang tuu? hehehe..:-D <--mcm btul2 lak hehe..
anda kena tag join contest..hehheh
http://homosapiensz.blogspot.com/2011/01/pose-slumber-laptop-contest.html
I wish 1 day my pic will be with them hahaha
@Mr IX
sbb u tak seksi..ngahaha..gurau.jgn mrh :)
@Peri Pia
oh baru ingt nk geng.xjd dah sbb u suka tarabas :P
@IFA
suka dennis jugak! sbb kacak jugak~
@rafiqa
oops. he's taken....by me. :P
@hans
u two boleh jd kwn je.i boleh lebih dr itu (perasan siot)
@hazwan
satria ek? xtau nape aku panggil suria.
@Mr. TN_sky
drpd 10 tu aku jaga 5org je.cuba teka yg mana?
@shahmonaz
sexiest man 2011 perhaps? bleh jd azam tahun baru tu :P
waaa, hindustan mari ?
ahahah.yg ko higlighkkan la..mane lagi :-p
aku minat gile cite The Cave of the Golden Rose tu.. sempat lgi berangan2.. hehehhee
Post a Comment