True Beauty, siri realiti tv terbitan si model yang fierce, Tyra Banks, dan si tampan-yang -telah-dicekup-perempuan-tua-cantik, Ashton Kutcher. Rancangan yang menampilkan 10 peserta perasan hensem dan lawa (campur lelaki ada perempuan ada) berentap untuk mendapatkan title The Most Beautiful People in America ini mula disiarkan di saluran Star World (maaf kepada yang takde astro) 7 Januari lepas. Actually, siri ni dah lama kat US, dah habis dua season pun. Tapi kat Asia baru tayang Season 1. Kira lambat sket la. Lambat sket kau kata? 2 tahun lewat tau tak? huh.

Producers yang gorgeous tahap melampaui batas dan tatasusila (sila jangan nosebleed kat sini)
Aku memang suka siri realiti macamni. Boleh cuci mata dengan fesyen dan orangnya sekali. muahaha..Tapi serius cakap peserta semuanya tak beautiful mana pun. Tapi fikir-fikir balik logik gak. Selalu orang yang tak berapa cantik yang selalu perasan dia tu menawan takde orang boleh celen, betul tak? Ada sorang mamat dalam tu yang perasan muka dia macam brad pitt. peh. Ashton Kutcher tu 100x lagi hensem tau. Siot ar Demi tu buat harta dia sorang je.

Para peserta. Pilih la yang mana berkenan.

The judges - boleh tahan. Yang blonde tu mesti cantik masa muda dulu.
Bagusnya True Beauty ni sebab ia bukan hanya mementingkan kecantikan rupa paras tetapi juga kecantikan dalaman seseorang itu. So, kau ratu cantik seluruh kampung pun belum tentu boleh menang. Macam-macam la cara diorang test peserta-peserta tu punya ketulusan hati. Entah kalau aku join boleh pass tak test-test tu semua. Tu pun belum tentu lepas ujian saringan yang first pun. hakhak
Aku ni ada penyakit suka nak selidik siap-siap sape menang supaya aku boleh ready mental dan fizikal bila tengok citer tu nanti (pekejadahnye nak ready-ready bagai ni). So, dah tau la sape pemenangnya. hehehe.. Tu la sape suruh g tayang lambat kan..Peserta favourite aku si pembancuh kopi hitam manis bernama CJ sebab hatinya murni sekali jika dibandingkan dengan yang lain (menyampah gila ayat). Yang dapat title The Most Beautiful pulak adalah tidak cantik langsung di mata aku. Full-stop. Tapi taste manusia beza-beza. Dah, aku tak nak spoil lebih-lebih. Nak tau siapa dia silalah jadi sucker for beauty macam aku ni dan melangut depan astro di hujung minggu ok.
Adios amigos~




7 comments:
kalau baru tayang season 1..fashion dia latest gak ker?saje ngade2 nk tau :-)
boleh tahan la.mostly yg tidak ditelan zaman gitu..tp fashion bukan focus cite ni sbnanya. :)
cam best je realiti show ni..
syg skali xde kesempatan tok tgok..
p/s: i like tyra bank..^_^
true beuaty? smua biasa2 je? wanita asia lebih beauty
hehehe..tak sampai tahap nosebleed lgik sebab tengah sakit idung :-p
citer ni mcm ok gak.. cuma la kan, betul la ko ckp.. diorg tu takde la lawa mana pun.. pompuan2 tu muka cam porn actress pun ade aku tgk..
@Cik Mimie
xpe.byk lg cite lain yg best ditonton pd waktu terluang. ^^
@nick irfan
mmg xcantik pun.haha..asia bagus~
@Mr. TN_skY
sebaek sakit idong.kalau tak... :P
@Cazari
ops! porn actress? hehe..tp mmg diorg xlawa mana pun body je lebih
Post a Comment