CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 28, 2011

Ais Krim Susu Ibu: Kebaikan yang disalahguna?

Salam everyone~

Lama bebeno tak update blog ni. Maaflah. Nak kata busy banyak je masa terluang sebenarnya. Cuma, laptop aku kan rosak sejak bulan lepas..dan bos pulak sudah kembali ke Malaysia (aritu dia balik Bangladesh) jadi tak boleh la aku sesuka hati mengambil kesempatan ke atas laptop hak milik ofis itu. hehehe. Ni pun curi-curi update kebetulan tengah free. Dah alang-alang lama tak update, meh nak tulis panjang-pangjang sket. :P

Nak share pasal berita yang aku baca tadi. Siapa kat sini tak suka ais krim angkat lidah. Tengok tu ada gak rupanya 4-5 orang yang angkat lidah. Masalah gigi sensitif ke? Kalau macam tu gunalah Sensodyne Rapid Releaf ok! <-- iklan tak berbayar Ais krim yang lazat dan berkrim tu selama ni kita tahu diperbuat daripada pepejal susu lembu. Memang delicious. Masa aku kat Kedah dulu pernah gak beli ais krim 'home-made' yang diperbuat daripada santan. Sedap jugak. Tapi pernah dengar tak ais-krim daripada susu ibu? Ya, susu ibu. Lazat dan penuh khasiat. Au naturale gitu~
Sebuah kedai di Covent Garden, London kini menjual ais krim berasaskan susu ibu yang diderma oleh para ibu di sekitar UK. Ais krim yang diberi nama Baby Gaga itu didakwa pilihan yang lebih sihat untuk penggemar ais krim kerana ia lebih segar, organik dan bernutrien tinggi. Ais krim tersebut diperisakan dengan vanilla dan lemon untuk memenuhi selera pelanggan. Setiap penderma susu perlu melalui pemeriksaan kesihatan oleh UK National Health Service bagi memastikan susu yang diderma selamat untuk dimakan/minum.
Berita di atas adalah terjemahan bukan direct daripada berita sebenar. Nak tahu lebih-lebih sila ke Yahoo! Malaysia ok.

Apa yang menjadi kebimbangan pada masa ini adalah jika seorang Muslim membeli dan kemudian makan ais krim yang dianggap penuh khasiat ini? Soal haram memang tak timbul sebab susu ibu sememangnya halal. Bukannya susu kucing ke susu Bab1 kan...yang tu memang komfem la haram secara mutlak. Tapi dalam Islam terdapat hukum 'Ibu Susuan' di mana seorang bayi lelaki yang tiada pertalian darah boleh menjadi mahram (haram berkahwin) dengan wanita yang menyusukannya. Tapi takkanlah pulak nak bagi budak baru lahir makan ais krim, ye tak? Macam mana pulak dengan lelaki dewasa yang minum susu wanita lain? Sebab lelaki dewasa pun makan ais krim. Adakah dikira sebagai anak dan ibu susuan juga? Pening nih. Jangan kang nak sihat lain plak jadinya. Daripada kita terus kompius, baik kita sama-sama tambah ilmu pasal ibu susuan ni.

Syarat Penyusuan Dalam Mazhab Syafie

Penyusuan mempunyai syaratnya tersendiri. Jikalau cukup syaratnya maka si anak susuan itu bolehlah dikategorikan sebagai ahli keluarga dan mahram yang haram dikahwini sebagaimana haram hukum seorang anak berkahwin ibunya serta adik beradik perempuannya. Antara syaratnya ialah :-

1. Anak yang disusukan itu hendaklah belum mencapai usia 2 tahun. Maknanya, lelaki yang lebih 2 tahun umurnya tidak dikira sebagai anak susuan lagi. Ini perlu difahami dengan jelas supaya tidak berlaku kesalahfahaman dikalangan masyarakat. Hukum ini berpandukan kepada firman Allah SWT berbunyi:-

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”.
( Al-Baqarah : 233 )

“…ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun ( Maksudnya: Selambat-lambat waktu menyapih ialah setelah anak berumur dua tahun ) ”. ( Luqman : 14 )

2. Kanak-kanak itu telah disusukan sebanyak lima kali susuan yang berasingan. Misalan, sekiranya anak itu berhenti menyusu kerana kenyang ia telah dikira sekali susuan. Dalilnya berdasarkan hadis:-

Aishah r.a berkata : Ayat al-quran yang diturunkan mengenai penyusuan yang menjadikan anak susuan sebagai mahram ialah sepuluh kali susuan. Kemudian ia dinasakhkan (digantikan) menjadi lima kali susuan sahaja. Rasulullah SAW diwafatkan tetapi mereka masih membaca ayat lima kali susuan sebagai ayat al-Quran.

Manakala dalam kitab Syarah Jalaluddin Al-Mahalli ala Minhajju Thalibin Imam Nawawi menyebut syarat tambahan bagi ibu susuan ialah:-

- Berumur 9 tahun (maknanya telah baligh)
- Seorang perempuan bukan lelaki atau khunsa’
- Hidup, bukan susu mayat
- Susu manusia, bukan binatang

Adapun Imam Hanafi, Imam Maliki mengatakan keharaman terjadi dengan semata-mata mengalirnya susu seorang wanita ke perut anak yang disusuinya, baik sedikit mahupun banyak, bahkan setitis sekalipun.
Source: Halaqah.Net

So, jelaslah hanya penyusuan bayi yang berumur 2 tahun ke bawah saja akan menjadikan seseorang itu ibu susuan. Habis, macam mana pulak boleh timbul isu orang dewasa pun boleh jadi anak susuan jika minum susu wanita yang bukan muhrim? Jom baca lagi ye. Sikiiiiiit je lagi. :)

Hukum susuan untuk orang dewasa

Para ulama berselisih pendapat mengenai hukum yang dimaksudkan. Secara ringkasnya tiga pendapat ilmuan Islam salaf (predecessor) dan khalaf (successor):

1) Susuan untuk dewasa menyebabkan hubungan mahram secara mutlak.
Pendapat ini dipegang oleh Saidatina Aisyah r.a isteri Rasulullah s.a.w sepertimana yang diriwayat oleh Imam Malik (rujuk: al-Muwatto’). Seorang lagi ulama yang berpendapat secara zahir hadith ialah Imam Ibnu Hazm al-Andalusi di dalam karangannya al-Muhalla.

2) Susuan untuk dewasa tidak menyebabkan hubungan mahram secara mutlak.
Pendapat ini dipegang oleh majoriti Sahabat Nabi, isteri-isteri Nabi dan para ulama salaf dan khalaf (rujuk: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh dan al-Mufassal fi Ahkam al-Mar;ah). Mereka menolak pendapat pertama kerana ia bertentangan dengan al-Quran (surah al-Baqarah, ayat 233 dan surah al-Ahqaf, ayat 15) yang menyebut bahawa hukum susuan hanya berlaku pada anak yang berusia tidak lebih dari 2 tahun dan Hadith (riwayat Bukhari,Tirmizi dan Ibnu Hibban) yang menyebut bahawa proses penyusuan perlulah mengenyangkan. Manakala hadith Sahlah di atas merupakan khusus(special case) untuk Sahlah r.a dan anak angkatnya Salim r.a sahaja.

3) Boleh menyusukan dewasa atas tujuan memahramkan dalam keadaan yang sangat berhajat.
Pendapat ini dipegang oleh Sheikhh al-Islam Ibnu Taimiyyah (Majmuk Fatawa) dan Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah (Zaad al-Ma’aad) al-Son’aani (Subul al-Salam) dan al-Syaukani (Nail al-Autor). (rujuk: al-Talkhis al-Khabir fi Hukm Rado’ al-Kabir, Sheikh Muhammad al-Wassobi).
Source: AbuRuqayya

Sebagai orang Islam kenalah peka dengan setiap yang masuk ke dalam perut dan menjadi darah daging kita. Kadang-kadang kita terlalu memandang tinggi terhadap sains dan teknologi sampai terlepas pandang benda-benda penting macamni terutama yang berkaitan dengan syariat Islam. Yang mulakan idea ais krim susu ibu ni memanglah orang kafir yang tak tahu hukum hakam dalam Islam. Yang penting cuma boleh buat bisnes dan tambah duit, kan? Tapi boleh jadi jugak mereka ni lebih tahu daripada umat Islam sendiri dan menggunakan alasan kesihatan untuk mengkucar-kacirkan umat Islam. Memanglah hukum ibu susuan di kalangan lelaki dewasa tu ada khilaf, tapi bila kita tak pasti itu dikategorikan sebagai syubhah (tidak jelas halal dan haram) walau pun susu ibu itu sendiri adalah halal. Bayangkan kalau tanpa kita sedar separuh daripada kita sebenarnya adalah saudara susuan, dan kemudian berkahwin, macam mana dengan generasi yang lahir nanti? Na'uzubillahi min zalik.


P/S: Susu ibu sememangnya sumber nutrien yang terbaik untuk tumbesaran bayi tapi tak perlulah sampai nak buat bisnes pulak. Konsep derma macam dah tersasar di situ. Kesian dekat anak sendiri, hak ekslusifnya telah dicabul. hehe. pandainya si Timmie ni mengarut~ Btw, bulan Ogos setiap tahun adalah Bulan Penyusuan Susu Ibu Sedunia. saja nak selit gak kat sini. hee~

6 comments:

z.u.n.a.i.d.a said...

salam dear..wah lama gila menyepi..
bila come back jer n3 penuh ngan info
dasat la timmie ni..

ada yang sampai wat busines gk ker..aiii duania hariini!

klik ur nuff!!

d_tieah said...

Betul gak kan..
Mana boleh kita suka2 je nak makan ais krim tu..
Erm, air krim jual kat mc d lagi sedap kot..
Kan? Tak pun ais krim yg kitkat tu..
Yummy!

Entry Terbaru: Ketahui Apa Yang Berlaku Di Tahun Kelahiran Anda

~ UsAgi ~ said...

mmg tak patut tul..membahayakan..

Ticer Syah said...

dewang ni telebih terer kunun nk khasiat la tu.. time kecit2 tamo minum..dah bsor ngada2 lak nk minum..penin mak baca.. ntah bole minum ke dak..tatau la.. adoidoidoi

muhammad-comei said...

uittt..klong!
tajuk post ni best..
tp isi nye pjang sgt...
*Aku bukan tukang baca...(dipetik dr tajuk post bwh2 sana!)

Islam said...

Pls make a post related comments
Allah
Islam
Muslim
Dajjal