CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 18, 2011

busy. cuak. bengang.

Salam everyone,

Lama tak update blog. Busy bukan main lagi dua tiga menjak ni. Alhamdulillah aku berjaya dapat scholarship JPA untuk sambung Master tapi disuruh tukar ke universiti lain la plak. Saje je tau JPA ni tanak bagi aku gi obersi awal-awal. menci~ Tapi bagus jugaklah sebab boleh aku spend time dengan family dan kawan-kawan puas-puas dulu. hmmm... Yang penatnya sebab kena buat application semula. Kering la poket aku nak bayar processing fee. Bukannya boleh apply satu dua U je kang kalau tak dapat semua kan naya. Nak lebih probability untuk dapat offer kena la mintak banyak-banyak U. huu...memang JPA ni saje je tau~

Next week ada interview SPA jawatan pegawai penyelidik Q41. Sebab tu aku konon-konon terlampau busy siapkan dokumen itu ini. Tak tau nak study apa. Cuak ok..Doakanla banyak-banyak supaya aku dapat jawab soalan-soalan interview tu nanti dengan tenang, yakin lagi meyakinkan, dan berjaya dapat jawatan tu ek. terima kasih...hehe...aku memang mengidam jawatan ni lama dah sebab sangat berkait rapat dengan degree yang aku terima setelah 6 tahun (termasuk matrik) berhempas pulas dengan sepenuh jiwa dan raga dan emosi. Lagipun kerja dengan government ni banyak kelebihannya. Harap-harap bolehlah kerja dan kemudian sambung belajar. ameen...

Tapi ada satu benda yang buat aku rasa macam nak menjerit bagi satu bumi Kuantan dengar pagi ni. Tergendala kejap otak aku buat 30 minit. Kisahnya aku bangun pagi dengan ceria sebab hari ni kan hari Jumaat yang penuh berkat, jadi aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar sepanjang hari. Lepas tu sampai tempat kerja aku pun pegi la cafe nak beli breakfast. Wallet aku bawak, beg galas aku letak jap atas meja kat situ. Aku ni memang selalu suka letak henpon kat poket tepi beg (tempat letak air tu) supaya senang nak capai. Lagipun henpon murah je takde sape hingin. Nak dijadikan cerita bila aku dah habis beli makanan pastu nak amik beg semula, tengok-tengok kat tepi beg tu rasa cam kosong je. Hati dah rasa tak sedap. Ingatan aku kuat lagi yang pagi tadi aku letak henpon kat tepi tu. Tak tau kenapa secara automatik instinct aku kuat mengatakan pekerja bangla yang selalu dok cuci meja cafe tu yang amik. Aku nampak dia lalu dan buat-buat bizi. Geram jugak tapi aku tak boleh suka-suka hati je nak tuduh tanpa bukti. Salah aku la jugak sebab letak henpon macam tu. Boleh plak lupa nak bawak sekali. Sakitnya hati Tuhan saja yang tau. Aku bukannya kisah sangat henpon tu kena curi tapi curi la time lain. Bulan ini adalah bulan yang paling penting dalam hidup aku buat masa sekarang. Aku tengah tunggu macam-macam call. Nombor-nombor penting semua dalam tu jugak. Dah la tengah pokai cane nak beli henpon baru. Argggghhhhh!!!!! Bengang! Macam mana nak buat ni....malasnya nak keluar pegi beli simcard semula.

Kepada yang curi henpon aku tu, ketahuilah bahawa sesungguhnya henpon itu tersangatlah murah. Kalau jual balik pun tak berbaloi punya. Aku beli harga RM 168 tu pun dua tahun lepas. Nama je Samsung tapi cuma boleh guna untuk call dan sms saja. Game ke, radio ke, camera ke, hapak pun tarak. Keypad nombor 9 pun kena tekan kuat-kuat baru keluar nombor. Baik kau bagi balik. Nescaya aku tak marah malah akan doakan kesejahteraan kau lagi. Please~

Macam mana aku nak bangun pagi esok ni. Henpon tu la sesatunya alarm clock yang aku ada...

7 comments:

Intan Sakti Larasati Devi said...

Hai TIMMIE. Terimakasih karena sudah berkunjung ke blog Intan beberapa saat tadi. aku juga sudah satu minggu tidak online. Baru banyak tugas dari sekolah. Tiap pagi aku dan adikku selalu nonton upi-ipin sebelum pergi ke sekolah. So...ketika aku membaca tulisan TIMMIE diatas, seperti membayangkan Cik Gu. My regards!

ARC™ said...

ish sian...hopefully u jumpa balik

TiMmiE said...

@intan
Cikgu? hikhik.thnx singgah. rajin2 datang la sini lagi :)

@ARC
ameen. hrpnya yg curi tu rs besalah n bg balik :(

Jari Jemari said...

perhhh ada lg pncurik kt sna yer..

btw..cik jarijemari pun kna interbiu gk jwtn yg sma..cuak seh..xtaw nk prepare per..

z.u.n.a.i.d.a said...

salam dear..
siannya, mmg hangin satu badan ek..
wah..g.luck k 4 e interview!

anaiha yusof said...

salam ana nak buat promosi nie,
Dapat RM100 - RM500 Sehari Dengan Bisnes Segera!
Dapatkan Laman Web Anda Sendiri & Nikmati Keuntungan 100% Milik Anda.
Murah hanya rm 49.90
kalau nak maklumat lanjut sila layari link nie=)
http://www.dmshop.netii.net/
tq.100%confirm

lagi2 promosi kalau nak resepi resepi yang sedap & menarik sila layari link ini
http://mynoraza-resepiariffbonda.blogspot.com/
follow sekali pun chumel2 juga =)

dan juga tutorial letak banner HB dapat gain 4 sen per click =) http://splendiferousandleisure.blogspot.com/2011/02/tutorial-letak-heartbeatdapat-4-sen-1.html
tq
btw nice to know you keep in touch

hacimun said...

timmie congratsss!!!!!!