Kempen ini dianjurkan oleh Sunah Suka Sakura dot com. Aku amat-amat menyokong kempen sebegini. Valentine's Day. Hari yang ditunggu-tunggu oleh para pasangan kekasih. Media pun tambah merancakkan lagi sambutan benda-benda tak berfaedah macamni. Biasalah orang berniaga mesti nak untung tak kiralah dengan cara apa pun kan..tapi masalahnya yang Islam tu dah tak reti halal haram ke...haih~ tak paham aku. Apa yang aku lihat remaja hari ini menggunakan sambutan hari Valentine sebagai hari maksiat besar-besaran. Seolah-olah maksiat menjadi halal di malam 14 Februari itu. Apakah makna sebenar cinta dan kasih-sayang terletak pada penyerahan kesucian seorang gadis kepada temannya? atau sekuntum bunga ros merah dan sekotak coklat? atau teddy bear besar dan mahal? Umat Islam wajib ambil tahu tentang agenda kafir yang cuba merosakkan akidah kita secara halus begini.
Tahukah anda kisah sebenar di sebalik sambutan hari yang diagung-agungkan sebagai Hari Kekasih ini? Adakah anda sedar bahawa hukum seorang Muslim menyambutnya adalah haram? Nak tahu sejarah Valentine's Day sila ke link ini dan baca ye. Tak panjang mana pun dan tak susah untuk difahami. Yang tak tahu memanglah dimaafkan, tapi setelah datang pengetahuan kepada kamu dan kamu menolaknya, maka kamu tetap dikira berdosa. Jadi, mari kita sama-sama ambil tahu ok? :)




1 comments:
terima kasih ye timmie~ :)
Post a Comment